Hari Ihtifal

Semalam, Newcastle Sisters ada buat hari Ihtifal; salah satu aktiviti yang dirancang di bulan Ramadhan. (Aku pun tak tahu apa lar maksud ihtifal ni. Bahasa Arab ana belum lah mantap.I should have found out from the organizer, stupid me.)

Aktiviti ini hanya melibatkan sisters. No brothers allowed; jadi sangat best dan carefree.

Aku tak organize pun…I was just the participant in the quiz. Suhaila organize makanan; so rumah kitorang buat ayam goreng dengan nasi lemak..rumah lain buat sambalnya. (Kerjasama itu penting)

Dalam hari Ihtifal ni ada Kuiz Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3 dan diselangi dengan slot Busana Muslimah (ada kotak undian yg dibuka untuk mengundi pemenang busana muslimah Newcastle ).

Slot Busana Muslimah pun ada kategori2nya…ada kategori pengantin, kategori baju kasual, kategori ibu mengandung dan kategori baju2 formal.  Memandangkan aku ni tidak ada baju-baju yg menarik (all my money goes to my darling books) so aku tak participatelah dalam busana muslimah ni. Confirm kalah punya.

Yang aku nak cerita adalah kuiz!!! Kelakar, okay!

Basically kuiz ni bukan sahaja kuiz tentang bab agama. Sebab, kalau mcm tu, kesianlah budak-budak first year yang belum lagi mantap-mantap belajar kat usrah dibandingkan dengan kakak-kakak senior ni.  Kesianlah kat penghuni rumah on campus (rumah aku!) yang tak lah hebat sangat bab-bab agama ni kan. Kami-kami ni bukannya hafal-hafal pun hadis ke, dalil ke or whatever…cuma tahu secara general. Nak bagi quotation ni… memang tak pandailah!

Oleh itu, saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang melihat Islam itu begitu luas. Bukannya setakat kuiz pasal Islam sahaja…basically every knowledge that we have learned daripada sekolah-sekolah dulu dengan pelbagai kategori seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pengetahuan Am, Sains, Geografi, Sejarah, Ibadah, Akidah etc etc.

So, walaupun ini kuiz sempena Ramadhan, tak semestinya kita kena limit kepada subjek agama sahaja. Contoh-contoh soalan yg boleh dibuat adalah, “Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut pelbagai jenis ilmu; apatah lagi ilmu perubatan yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat. Sebutkan berapakah jumlah darah dalam badan manusia yang kita pelajari sewaktu first year medical school.”

See? Ko boleh relate byk benda dengan Islam dan taklah menampakkan Islam ini hanya hukum dan ibadat sahaja. Malah boleh menarik non-religious Muslim to participate in religious program. Tapi kalau kau asyik buat soalan-soalan nak quote hadis dan nak bagi dalil ikut situasi, confirmlah aku yang tak pergi sekolah agama ni akan kalah! Tak payah buat kuiz pun dah tahu!

So tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana menyusun soalan-soalan kuiz dengan baik sekali. We had lots of fun. Dan secara tidak langsung ini menggalakkan semua komuniti di NC untuk participate sama-sama…tak kiralah dia ni golongan ‘alim’ ke, or biasa-biasa sahaja ke, tak pakai tudung ke or whatever. Ada orang yang suka bergaya dan berfesyen, so waktu inilah talent diorang dalam bergaya ini boleh diraikan di dalam slot busana Muslimah. So at the end, semua orang pun rasa diorang boleh contribute kepada hari ihtifal ni.

And this is why I LOVE NEWCASTLE SISTERS!  Mmuahs, mmuah, mmuahs!

Satu cadangan; apa kata next time kita buka satu lagi categori; Books and Literatures! Kalau ada category tu, ada harapan juga aku nak dapat number satu. Hahaha.

At the end of the day, kitorang ada bazar Ramadhan di mana ada sisters yang berniaga menjual pelbagai jenis puding, agar-agar, Roti John, muffin. Siap ada yang jual baju-baju  serta tudung-tudung imported from Malaysia. Meriah sekali! Aku pun borong brooch tudung sampai 5!  Bazar Ramadhan pun…semua gerai aku beli. Memang lah bab belanja makanan ni, my all time favourite hobby.

Books and Food…my two passions!

 

Quiz:

This quiz is meant to be basic knowledge in all categories. Kebanyakan soalan-soalan dipetik daripada sukatan pelajaran yang kita dah belajar masa sekolah menengah dulu. Dalam kategori agama pun, soalan-soalan yang ditanya dalam kategori ibadah adalah soalan-soalan yang sewajibnya  kita dah tahu; seperti definisi tayammum dan syarat2 sah tayammum.

Untuk bahagian satu: Aku bersama junior Nurin dan Fatin (budak2 second year) mewakili kumpulan Tabuk… melawan kumpulan Badar, kumpulan Uhud dan kumpulan Ahzab.

Highlights of the Quiz

1) Soalan Kategori Sains.

Lembu mempunyai 4 bahagian perut. Berikan nama perut2 lembu itu.

Aku dengar soalan ni jer, I was like, “OH MY GOD!” Tukar soalan jadi perut manusia boleh tak? Bukan setakat bahagian-bahagian perut, enzyme-enzyme dalam perut dan ubat-ubat nak rawat ulser perut pun boleh bagi.

Aku tahu aku dah belajar benda ni waktu form 3 or form 5…tapi sumpah aku tak ingat! Nurin agak hebat lah daya ingatan dia, dan dia memang minat Sains. Tiba-tiba keluar lah perkatan-perkataan daripada mulut si Nurin yang membuatkan aku terkagum sebentar; Disebutnya nama-nama seperti ‘omasum’, ‘abomasum’ dan ‘rumen’….tapi malangnya, satu lagi tak dapat ingat.

So, kitorang tak dapat markah.

Dan kumpulan lain pun semua tak dapat jawab juga.

Aku tak kisah pun dengan markah-markah tu, cuma aku nak highlight betapa kuatnya memori-memori budak first year dan second year dalam menjawab kuiz bahagian sains ni. Rata-rata kumpulan-kumpulan yang ada budak 1st year dan 2nd year, ada jawapan omasum, abomasum and whatnots…cuma diorang tak boleh nak ingat semua sahaja.

Jawapan paling kelakar adalah jawapan kumpulan Badar (budak-budak 4th year macam aku): Nama2 empat perut lembu adalah superior, inferior, ‘distal’ and ‘proximal’.

KAH KAH KAH

Buat lawak sungguh batchmate aku ni! Memang senior 4th years HOPELESS kategori general science.

2) Pusingan Maut!

 So, rule pusingan ini ialah: kita boleh pilih kategori untuk dijawab oleh kumpulan lain. So kalau kita rasa kumpulan lain tak reti jawab kategori Sains , kita pilih kategori tu untuk dijawab oleh kumpulan tersebut. Tapi yang bahayanya, sekiranya kumpulan itu tak boleh jawab, kita pulak yang kena jawab. Kalau kita jawab betul, dapat satu markah sahaja. Tapi kalau jawab salah kena potong dua markah.

At this stage, my team and team Ahzab mendahului. So, sebab dengki nyer pasal, kitorang pilih kategori Sains untuk dijawab oleh kumpulan Ahzab. Aku confident jugalah, sebab kumpulan aku ada Nurin dan Fatin yang masih ingat subjek Sains zaman Pak Nadok yang aku dah lama tinggalkan!

Tiba-tiba soalan yang keluar ialah:

Telinga manusia mempunyai 3 tulang osikel di bahagian tengah. Namakan tulang-tulang tersebut.

Astaghfirullah! Aku agak panik jugalah. Masalahnya, kalau kumpulan Ahzab tak boleh jawab, diorang cuma tak dapat markah. Tapi kalau kitorang tak boleh jawab soalan tersebut (siapa suruh gatal pilih kategori tu!) kitorang kena tolak  2 markah.

Aku pandang Nurin dengan Fatin. Muka diorang berkerut-kerut cuba nak ingat fakta pelajaran Sains tingkatan 3.

Dan Alhamdulillah, Nurin has got an excellent memory. Tengah-tengah stress tu, she could rack her brain and came up with the names. One of them she was not sure of, but it turned out to be right anyway. 

Jawapannya: tukul, andas dan rakap.

Fuh,memang aku tabik spring kat budak-budak ni. I am so glad I have budak-budak 2nd year in my group.

 

3)Kategori Bahasa Inggeris

-Tak banyak pun contribution aku kepada team.

-Aku pilih kategori Bahasa Inggeris (sebab itu antara yang paling aku confident. ) Soalan yang keluar ialah the proverb:

“Don’t count your chickens until they’ve hatched”

So pretty easy, dan semua orang pun boleh jawab dan dapat markah.

 

4) Pusingan siapa cepat dia dapat

My contribution consisted of pure luck and instinct; yang aku pun amazed aku boleh jawab.

Basically, pusingan siapa cepat dia dapat ni memerlukan ketangkasan orang mengetuk buzzer. So, kita punya reflex adalah main ketuk jer buzzer, tahu jawapan ke tak, tu belakang kira. Hahaha.

Soalannya:

Kaum Nabi manakah yang digelar Ashabul Rassi?

Lepas habis jer Kak Iza cakap soalan, aku terus suruh Fatin ketuk buzzer. And then I realized, I was not sure of the answer. Dahlah ni soalan subjektif, tak ada A,B,C,D.

Aku rasa muka aku memang transparent panik. Penonton dah senyum-senyum…dah tahu aku ni terburu-buru ketuk buzzer.

These were my whole reflections in 30 seconds:

– Is Ashabul Kahfi sama dengan Ashabul Rassi? Sama ke? Tapi kalau sama pun, golongan Ashabul Kahfi ni ada nabi ke time tu? Tak pernah pulak surah Al-Kahfi mention nama nabi associated dengan Ashabul Kahfi.

-Ok, Afiza, think! Teka jer. Ada 25 nabi! Takkan satu pun ko tak leh hentam.

-Takkan Nabi Adam, pulak? Hiys! Logik2 lah sikit kalau nak hentam pun!

-No, no, no! Jangan hentam! Make an educated guess, Afiza.

-Kaum Aad =Nabi Hud. Kaum Thamud=Nabi Salleh. Hmm…Nabi Isa untuk Bani Israel. Nabi Musa pun Bani Israel. How about Nabi Sulaiman? Nabi Sulaiman ada nama specific untuk kaum dia ke? Maybe Nabi Sulaiman pun Bani Israel juga sebab kat Israel ada Soloman Temple.

-Nabi Syuaib ke? Macam pernah dengar jer Nabi Syuaib di-associate dengan kaum ni.

-Dan aku tahu Nabi Syuaib yang paling confusing. Ada certain tempat dalam Al-Quran di sebut Kaum Madyan. Tapi ada juga yang disebut penduduk Aikah, which was a region in Negeri Madyan.

-Hmm….Nabi Syuaib lah yang kaum dia banyak nama-nama sinonim. Apa kata ko hentam jer Nabi Syuaib, Afiza?

 

So, dengan perasan bercampur-baur; 99% mengharap dan 1% sahaja confident, aku pun jawab jer… Nabi Syuaib (a.s).

Alhamdulillah!

Betul, okay!! Hahahha.

Audience semua impressed aku boleh jawab. Aku pun impressed aku boleh jawab!  Aku pun tak sangka jawapan random aku tu betul.  I gave myself a pat in the shoulder; nasib baik aku tak main hentam jer mana-mana 25 nabi yang aku tahu. Kalau main hentam – instead of ‘fikir dan teka’ – memang confirm akan salah.

Lesson Learned: When in panic, force your brain to evaluate options. Calm down and think based on what you know…then guess what you don’t know.

I guess, too much questions fired during ward rounds has taught me that lesson.

So at the end of bahagian satu….kumpulan Tabuk (my team) dan kumpulan Ahzab mendahului share the leading place, di-ikuti oleh kumpulan Badar dan Kumpulan Uhud.

I really think that we had great team work; I am more into language and History. Nurin and Fatin terer bab2 Sains ni. So, masing2 menyumbang dengan kapasiti masing2, walaupun semua ada kebolehan yang terhad.

We had great fun and everyone participate. Itu yang penting!

Semua rumah bawa makanan….ada rumah buat jualan di bazaar, ada golongan yang participate aktiviti. Participation tu penting…..kalau ada organizer jer, tapi tak ada sambutan… tak best juga!

But I give credits to the organizer yang banyak bersusah payah walaupun semua orang busy (kecuali budak2 4th year yg bercuti; esok dah buka sekolah, daym!). I really enjoyed myself last night….dahlah berbuka dengan makanan yg byk sekali! Nikmat berjumpa bazaar Ramadhan first time di NC! Walaupun kecik ajer jumlah gerai yang ada, but at least adalah rasa suasana Ramadhan di Malaysia a bit. 

All in all, Hari Ihtifal ended up as a great day!  

Another lesson learned: Don’t eat too much. The capacity of your stomach is not infinity! Duh!

7 thoughts on “Hari Ihtifal

  1. kak fiza hye!

    i think we have some sort of similarity lah.

    I LOVE NEWCASTLE SISTERS so much too!!!
    and we both know why. coz undoubtly we got the same answer! hehe

    and ur cadangan on organizing about books and literature, i’ll suggest it to them too and maybe after u have finished ur medical degree in newcastle. kiki~

    yerp2. to be honest, I’M IMPRESSED that u got the right answer for nabi syuaib tu. seriously! kalau i were to be in ur situation, i would hentam kromo and definitely not NABI SYUAIB. sebab macam tak pernah dgr sgt kisah die. yesterday, i can see ur face when u were throwing out the answer, memang mcm muke org yg hentam kromo lah! suddenly betol! xsgke rupenye before ur mind ligat berfikir. cool! u mesmerized the audience! haha.

    walaupun sy jd MC yg bacekan soalan2 tu, sy sendiri pong tak tahu jawapan. but it was so funny about the perot lembu. anterior, superior, bla..bla.. soooo medic based! hehe. frust btol housemates x dpt igt sebab selalu je samekan perot saye dgn perot lembu. haha

    p.s. sy pong tamak beli macam2 makanan.ended up x bgon sahor pon nak makan roti john yg tah keberepa tu. adeh! kecewaaa~

    ok kak fiza selamat sekolah ok esok!~

    Like

  2. afizaazmee

    Hehhe.

    MC pun impressed yer. Kelakar! I got lucky, I guess.

    Walaupun akak makan byk mlm tu, I still woke up for sahur sebab nak makan roti John yg tak berjaya disumbat ke dalam perut pada malam itu. My tummy was sooo bloated! Adalah juga rasa menyesal sebab melahap tak ingat dunia! *shakes head*.

    All right, Peoz… I am off to school. Ugh!

    Like

  3. SyazwaniAzmee

    Kak ngah,
    I want to contribute too!!!!
    The other chamber is the ‘reticulum’..
    Haizzz, apa neh budak medik! Hahahahaa..

    Eh? Distal, proximal itu aku belajar dlm kidney. Heh, pulak!

    Like

  4. afizaazmee

    Hehe. Kami doktor manusia. Bukan Dr. Lembu.

    Distal, proximal etc etc tu hanya hentaman semata2…general term in describing anatomical parts in all animals and human. Huhuhu.

    Like

  5. hana

    kak ngah…nice prog…mcm sgt best~mesti enjoy sgt.
    dh start klas eh…alhamdulillah kan raya on ahad…cuti at least…keh2…

    salam syawal to you down under kak ngah…gambatte. pray for me too~

    p/s: enjoy talking to ur mom summer holiday hrtu…the topic apa lagi klu bukan psl ketaq lutut ms housemen…hope we can survive the final year first and foremost.ameen =)

    Like

  6. afizaazmee

    Yer Hana, it was a very enjoyable program.
    Kak Ngah baru balik berraya ni. Makan segala mcm mak nenek. Kalah perut lembu! Alhamdulillah raya di hari Ahad. Tapi still….byk sgt kerja!! Kak Ngah kena prepare buat power point presentation on paediatrics nutrition! Hmmm..nak raya lebey2 pun tak senang hati.

    Salam Syawal to you too, Hana. Caiyok! I pray that all of us can graduate ASAP and later being tortured kat HSB time dah jadi intern. hehehe.

    Like

  7. Hazmin

    http://www.ayubalqishah.myportal.my/?lang=my&act=5&content=23&id=6&mnu=6

    Ashabul Rass..
    Rass adalah nama bagi telaga yang kering airnya, dinamakan
    kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk salah sebuah
    kampung yang terletak di daerah Thamud. Diutus seorang Nabi yang bernama
    Hanzalah bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga
    membunuhnya dan dicampak ke dalam telaga. Allah s.w.t. telah binasakan penduduk
    kampung ini dengan dengan kemarau yang dasyat, sehingga kaum ini lenyap dari muka bumi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s