Hafazah

Hafazah

Katakanlah nanti suatu hari
Kita bertemu sekali lagi
Jasad, jisim, jirim ukhrawi
Bukan di sini, di syurga abadi
Akankah kau aku kenali?
Akankah aku kau dekati?
Akankah kau aku hampiri?
Lantas berkata dengan lirih,
“It was you then, wasn’t it?
In the world once you’d saved me,”
Akankah kau menjawab kembali,
“No problem, dearie, you don’t owe me,
It was my job, so I did it.
The ink has dried, the pen is lifted.”  

Akankah aku berkata pula
“Sudah lama ingin berjumpa,
mengenali dia gerangan mana,
menjaga aku tika bahaya,
mengiringi ku dalam duka,”
Kemudian kau akan ketawa,
“No problem dearie, you don’t owe me,
It was my job, so I did it.
The ink has dried, the pen is lifted.”

Akankah aku melirik padamu,
Lalu dengan suara esak tersedu
Mengucapkan puisi dalam sendu
Yang kau balas dengan menyeru.
“No problem dearie, you don’t owe me,
It was my job, prescribed by God
So I did it, not for you
I swear, nothing else is true,
It wasn’t your time, or it would be done”

Atau mungkin kita tidak akan berjumpa,
Kerna layakkah aku menapak ke syurga?
Mencarimu di sana adakah terdaya?
Mungkin madah ini takkan termakna
Hanya tinta beku coretan pena
Catatan kaku selama-lamanya.

-Afiza Azmee-

5/7/16, 30 Ramadhan 1437

5.30 pm