‘Kemusliman’ Barat

Peribahasa Melayu: Penelitian Makna Dan Nilai

Orang Melayu mempunya koleksi kata-kata hikmat yang pelbagai. Ada yang tepat; ada juga yang cacat. Antara kata-kata hikmat yang paling kerap digembar-gemburkan adalah ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’

Sangat klise!

Tidak semestinya betul, kan? Ramai sahaja mat-mat rempit yang tidak takut apabia bersalah.

Tidak semestinya betul, kan? Kerana kebenaran itu adakalanya sangat subjektif.

Seseorang itu berani apabila dia RASA dia benar (dan belum tentu dia benar).

Seseorang juga boleh takut walaupun dia TAHU dia benar (kerana fi’il nya memang pengecut).

Seseorang itu boleh berani biarpun dia salah (kerana diri memang suka bersongsang arah)

Maka biarlah saya mencadangkan agar kita buang kata-kata hikmat yang tidak tepat tersebut.

Ketahuilah disini bahawa Berani atau Takut, kelazimannya, tidak ada kaitan langsung dengan benar atau salah.

***

Mungkin lebih tepat jika kita katakan bahawa kita lebih berani apabila kita berilmu.

Kita takut apabila kita jahil.

Berani atau Takut – jika kita hendak kaitkan mereka dengan sesuatu – lebih baik dikaitkan dengan ilmu.

***

Suasana di Malaysia adalah suasana yang ‘anti-knowledge’.

Masyarakat Islam di Malaysia sangat defensive, kurang proaktif, tidak menggalakkan perdebatan; lebih kepada menjadi samseng jalanan. Orang Islam di Malaysia tidak ada seni berdebat, tidak ada seni berucap, tidak berani untuk ke tengah berdepan dengan isu.

Perhimpunan BERSIH

Bila kita mahu sesuatu, kita hanya tahu mengampu sehingga naik loya tekak orang yang melihat. Atau kita menjerit meloncat, membuat keganasan di tepi jalan dengan harapan kemahuan kita ditunaikan.

Muak!

Bila kita tidak setuju dengan sesuatu; kita tidak tahu bersuara dan mempertahankan buah fikiran kita. Kalau kita bersuara pun, orang atasan hanya memekakkan telinga. Tidak pasal-pasal, mungkin ditindasnya pula kita. Daripada kita bersuara, lebih baik kita mengampu; jadi gila kuasa. Kerana bila kita berkuasa, kita boleh veto sahaja.  Tak payah kisah dengan hujah!

Meluat!

Tak kira pembangkang. Tak kira PKR.

Tak kira Kerajaan. Tak Kira BN

Dua-dua sama!

Muak dan Meluat!

Penyokong BN jangan marah dengan saya. Penyokong PKR jangan melatah hendaknya.

Sebagai orang yang berada di atas pagar, saya tidak mahu undi saya tersasar daripada pilihan yang benar.

Saya tidak nampak apa yang hebat dengan UMNO-BN. Namun saya juga tidak takjub dengan PAS-Keadilan (DAP is not even worth mentioning!!). Mengundi nanti bagaikan memilih antara dua mudarat (the lesser of two evils). Memikirkan itu sahaja, minda saya letih; jiwa saya penat.

Nafas saya sesak.

Keadaan di Malaysia sungguh nazak!

***

Kita Muslim yang kehilangan jenama – meminjam kata-kata Dr. MAZA.

1)Berkatalah yang benar walaupun pahit. (Kulil haq walau kana murron)

Ini berapa orang yang buat? Jika kamu seseorang yang tidak mampu langsung untuk membuka mulut tentang kezaliman-kezaliman kecil yang mungkin berlaku di dalam jabatan kamu, maka siapakah kamu untuk memekik melolong menyatakan individu-individu tertentu di dalam kabinet adalah zalim. Mungkin orang sekeliling menteri tersebut, sama sahaja seperti kamu. Mulut mereka terkunci, bacul daripada menegur ketua mereka. Jika kita sendiri yang hanya bekerja dengan ‘orang yang tidak lah berkuasa mana’ pun senyap sunyi (hanya kerana dia adalah bos kita), so apa hak kita untuk kata orang itu dan ini di dalam kerajaan adalah zalim.

   2) Membela golongan yang lemah dan tertindas

– Ini berapa kerat yang buat? Banyak saja cerita-cerita tidak enak yang aku dengar. Ada HO ni kena extend untuk kesalahan-kesalahan kecil. Ramai specialist yang tidak setuju HO ni kena extend. Tapi sebab ada ONE PERSON yang mahu dia kena extend, maka HO ni pun di extend. Berlungguk-lungguk cerita macam ni aku dengar di pelbagai hospital di seluruh negara. Yalah,  bila kita berkuasa, kita boleh veto, kan  *sinis*.

Dan setiap kali aku dengar cerita ni, aku sentiasa rasa ‘betapa ajaib’!! Jangan kita pandai menyatakan orang ini dan orang itu dalam kerajaan adalah zalim, sedangkan kita sendiri TIDAK MAMPU untuk membela golongan yang tertindas di kalangan kita. Sedangkan kita bukanlah berada dikalangan orang-orang yang TERLALU berkuasa; penjawat awam seperti kita juga. Tapi nak bersuara pun bagaikan ada tongkol emas dalam tekak kita. Bukankah yang tidak setuju dengan kezaliman itu merupakan golongan majoriti (Most specialist, Most MOs, Most HOs). Tapi semua orang senyap. Mulut terkunci rapat! The ONE PERSON has spoken, it seems!

Di belakang, mereka mengumpat. Tapi di depan, menunduk hormat.

Banyak lagi contoh lain. Tapi saya cuma tahu memberi contoh dalam bidang saya saja. Tapi cerita kezaliman-kazaliman kecil macam ni (favouritism, racism, unjust punishment) berlaku dalam semua jabatan kan? Tapi berapa ramai yang bersuara?

Selagi bukan kita yang kena, kita kisah apa? Bukan gitu?

Kita lupa; salah satu suruhan Allah kepada kita “Hendaklah kamu membela golongan yang tertindas dan lemah di kalangan kamu.”

Kita lupa tanggungjawab kita yang wajib itu.

Nah rasakanlah! Jika majoriti rakyat adalah golongan yang tidak peduli dengan golongan yang lemah dan tertindas, jadi selayaknyalah rakyat juga mendapat kerajaan yang sama seperti mereka. Selagi rakyatnya begini, begitulah yang akan terjadi.

Ini adalah hukum alam. Sunnahtullah!

Pandanglah diri kita sendiri yang juga mempunyai tanggungjawab untuk membanteras kezaliman di peringkat bawahan. Jika ini pun kita tidak mampu, apa yang kita mahu daripada orang yang terpaksa berdepan dengan orang atasan. Orang-orang atasan juga dikelilingi oleh orang-orang yang sepatutnya mampu menegur mereka; tapi senyap dan sunyi mereka di tempat besar sama seperti senyap sunyi kita di tempat kecil. Kita lah golongan yang patut lebih malu; kerana pengecut di medan kampung.

 

3)Adil; Seadil-adilnya

Islam paling gemilang di zaman umatnya bukan sahaja sensitif terhadap kezaliman, malah mereka MICRO-SENSITIVE terhadap ketidakadilan-ketidakadilan yang kecil.

Di zaman keadilan adalah tanggungjawab agama (bukan setakat ‘suka hati ketua’) semua rakyat dibenarkan bangun mengkritik ketidakadilan.  Bukan setakat dibenarkan, malah digalakkan.  Pemimpin meminta, malah MERAYU agar rakyat mengingatkan mereka jika mereka tersilap langkah, tersalah kata.

What do I mean, by them being MICRO-Sensitive?

Ini dapat digambarkan dalam satu peristiwa yang cukup terkenal di dalam sejarah kita yang gemilang:

Pada suatu hari seorang Yahudi mengemukakan aduan kepada Khalifah Umar Al Khattab mengenai Ali Bin Abu Talib (R.A). Satu perkara yang perlu diketahui tentang kebiasaaan orang Arab ialah mereka mempunyai nama timangan (nama manja) yang digunakan untuk menggambarkan kasih sayang dan rasa hormat di antara mereka. Contohnya, Abu Al Hassan (Father of Hassan) adalah nama panggilan untuk Ali (R.A).

Sewaktu Khalifah Umar mengadili kes di antara Yahudi dan Ali (R.A), Khalifah Umar memanggil Yahudi tersebut dengan namanya. Manakala untuk Ali, Khalifah Umar memanggilnya dengan nama Abu Al Hassan (nama yang menggambarkan hormat dan kasih sayang). Ali (R.A) merasa tidak senang dengan tindakan Khalifah Umar kerana pada pendapat Ali, Khalifah Umar (secara tidak sengaja) telah menghormatinya melebihi orang Yahudi tersebut.

Itu baru cakap pasal cara panggilan. Bukannya Khalifah Umar memanggil panggilan yang hina terhadap Yahudi tersebut. Khalifah Umar memanggil Yahudi tersebut dengan namanya. Dan Khalifah Umar memanggil Ali (R.A) dengan nama timangan SEPERTI KEBIASAAN SEHARIANNYA. Khalifah Umar sudah biasa memanggil Ali dengan nama timangannya kerana mereka – dalam kehidupan seharian – bersahabat baik. Namun tidak terlintas langsung di dalam hati Khalifah Umar untuk berlaku tidak adil semata-mata kerana persahabatan mereka.

Namun Ali (R.A) sensitif. Dia MIKRO-Sensitif.

Kalau tentang nama panggilan pun, mereka sudah kurang senang. Bayangkan bagaimana kalau persoalannya adalah mengenai keputusan yang zalim? Jangan harap mereka akan berdiam.

They were micro-sensitive to injustice; even if it was against themselves!

Mereka tidak kisah jika mereka kalah. Yang penting, keadilan menang. Mereka berasa menang, jika kebenaran menang. Itu prinsip hidup mereka; sebati dalam fi’il mereka.

Nothing personal! It was just how it was.

 

4)Ketelusan/ Accountability

Siapa yang tidak pernah dengar tentang Kisah Pembahagian Kain di zaman Khalifah Umar Al Khatab? Sirah Umar Al-Khattab, one of our super-heroes, penuh dengan cerita-cerita yang mengkagumkan. You will swim in his seerah!

“Tiada perhatian dan tiada ketaatan. Engkau mengambil kain sebagaimana yang kami ambil, tapi bagaimana kain itu lepas bagimu sedangkan engkau laki-laki berbadan tinggi besar? Pasti ada sesuatu yang engkau khususkan untuk dirimu sendiri!”

Kemudian tampillah anakanda kepada Umar Al-Khattab menyatakan bahawa dia memberikan bahagian kainnya kepada ayahandanya agar dapat menutup aurat ayahandanya.

“Sekarang kami dengar dan kami taat.”

Bandingkanlah zaman sekarang! Perbezaan antara rakyat dan pemimpin bagaikan langit dengan bumi.

***

Sungguh, kita Muslim yang hilang karakter.

Di negara manakah rakyat mereka bebas menyoal perbelanjaan pemimpin mereka? Di Barat!

Di negara manakah rakyat dapat mendengar dua pandangan daripada dua pihak tentang isu yang sama di dalam media yang sama? Di Barat! (Di sini, saya kena beli Utusan dan Harakah. Kemudian, saya masih tak tahu nak percaya yang mana.)

Di negara manakah rakyatnya matang dan mampu melakukan demonstrasi dengan aman tanpa merosakkan harta awam? Di Barat.

Di negara manakah orang bawahan merasa BIASA untuk bersoal jawab dengan ketuanya? Di Barat.

Di negara manakah persidangan parlimen mereka teratur, bertamadun, penuh dengan hujah? Di Barat.

Di negara manakah yang paling kurang rasuah? Di Barat. (Bandingkan dengan Mesir; sedangkan Universiti Al Azhar tersergam di situ! Bandingkan dengan Indonesia, negara yang mempunyai Muslim paling ramai di dunia, negara jiran kita!)

Di negara manakah rakyat mereka bersopan, bercakap dengan tertib dan hormat dalam suasana professional? Di Barat.

Di negara manakah rakyat mereka pembersih, tandas mereka wangi? Di Barat.

 

I saw Muslim values in a non-Muslim region. Inilah ‘kemusliman’ Barat… yang kita hilang.

So it is NO WONDER why they prosper.

We will too if we go back to our roots.

 

***

And one more interesting fact: Do you know where Islam thrives the best? Ironically, Islam grows at an exponential rate in the WEST. (Di negara sendiri, kes murtad pulak yang banyak). Islam grows rapidly, to the point that the West feels threatened by the phenomena. They called the phenomena as ‘Western Islamization.’

Watch this video below:

***

Banyak saja demonstrasi di Barat. Mengapa kebanyakannya aman? Sungguh saya hilang punca kenapa orang Malaysia tidak pandai menggunakan akal mereka.

Kita tidak berilmu.

Sewaktu timbul isu penggunaan nama Allah di kalangan Orang Kristian (I have blogged about this when I was in 4th year  ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH),  kita jadi orang yang takut. Takut nanti anak-anak kita keliru. Takut nanti anak-anak kita jadi Kristian. Takut kita confuse. Kita marah bila ada orang murtad, tapi entah apa yang kita buat selain daripada melatah selepas melalak.

Tengoklah syllabus agama sekolah menengah kita! My God! I learned more in overseas than I ever was being schooled in sekolah rendah and sekolah menengah!

Tengoklah pelajaran sirah kita yang – sorry to say – ‘dry and uninteresting’. Bila cakap pasal sirah, kita disuruh hafal nama sebenar Khalifah Umar Al Khattab, tarikh dia lahir, tarikh dia meninggal, apa perubahan yang dia lakukan.

–          We missed the fact that Kalifah Umar Al Aziz was his descendant! We missed the very interesting story of how Umar’s son married the wonderful honest woman (a milkmaid refusing to obey her mother’s orders to sell adulterated milk) and how Khalifah Umar Al Aziz was the descendant of this wonderful union. Aku tak jumpa cerita ni dalam buku agama aku pun!

–          We missed many interesting events involving Umar Al-Khattab that would have inspired our young to be like him! I love stories…and I was deprived of these wonderful seerah. Really, siapa yang reka buku teks kita ni?

Bila kita belajar tentang Al-Quran; kita diberi formula skema:

-Al Quran adalah mukjizat nabi kerana ia tidak boleh diubah

-Al-Quran mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan tiada golongan yang mampu mendatangkan surah yang sebanding dengannya walaupun telah banyak kali di cabar oleh Allah di dalam Al-Quran.

Tak ada seorang pun ustazah dan ustaz yang pernah terangkan pada aku …apa maksud Al-Quran tidak boleh diubah?

Apa contoh-contoh gaya bahasa Al-Quran yang tinggi sehingga tiada yang mampu mendatangkan satu yang sebanding dengannya?

Tolong bagi contoh cubaan-cubaan yang telah dilakukan oleh golongan yang cuba mendatangkan surah yang sebanding dengan Al-Quran? Mengapa mereka tidak berjaya? Adakah dari segi teknikal? Adakah dari segi gaya bahasa? Siapa yang ‘judge’ samada mereka berjaya atau tidak dalam mendatangkan surah yang sebanding dengan Al-Quran?

 

I found the answers already – but NOT through the syllabus from school! All these things I got from usrah yang boleh dapat dalam masa sejam saja! And mostly, I got all these info through lectures from Nouman Ali Khan from YOU TUBE, would you believe it? From YOU TUBE, for God’s sake! Nouman Ali Khan makes me want to learn Arabic! He inspired me in ONE HOUR…when YEARS of pelajaran agama in school didn’t make me feel like learning Arabic beyond my ability to read the Quran.

Kenapa susah sangat nak balajar di sekolah? How come you didn’t teach me all these interesting facts in school? Kenapa kamu cuma bagi aku jawapan untuk pass exam saja! Pelajaran agama hanya berlumba menghafal fakta tanpa penghayatan, jauh sekali kefahaman. Nak bertanya pun, tak tahu nak tanya apa kerana syllabus yang terlalu dry and straightforward; we didn’t know there was anything to ask pun!

Sejarah jatuh bangun system Khalifah mana? Sejarah Palestin di mana dalam syllabus agama kita?

Mengapa kita berasa jauh dengan nasib umat Islam di  Palestin?!

***

Di sini, kita takut jika Kristian cuba berdakwah. Kita sekat mereka! Kita tidak yakin dengan kemampuan kita dan kemampuan anak muda kita untuk menangani hujah dan taktik mereka.  Mungkin kerana kita sendiri tahu betapa lemahnya asas agama kita. Maka, kita jadi orang yang defensif; yang lokek-hujah.

Di Australia, semua university ada AWARENESS WEEK. Ada Christian Awarenes Week. Ada Gay Awareness Week juga, would you believe it?  We also had Islamic Awareness Week. We could set up booth openly. We could give brochures about Islam at university OPENLY. Orang-orang kat sana tak cuba sekat kami pun untuk menyebarkan Islam di university! Mereka nak tahu tentang Islam! They thirst for knowledge! And more to the point is, they are confident and they welcome dialogue and debate!

Kami sendiri jadi motivated untuk belajar pasal Islam. Takut nanti kena tanya dengan mat salleh- mat salleh ni, maka kena belajar. They would ask about terrorism and women’s rights; they would ask about ‘why do you have to wear hijab and why men don’t have to?’  They would ask about jihad and is it okay to kill non-muslims? (WHATT??) They would ask about ‘why do you have to fast during Ramadhan?’

They would ask about hudud too!!

They would ask WHY DO YOU HATE GAYS? (Hahahha! Ini memang tak tahan!)

Some of the questions were very provocative. We cannot just know the facts from Islamc point of view. We also have to know from THEIR point of view, so that we can prepare good and convincing answers for it. We also had to find ways to convince these people that we were not the bad terrorist they seemed to think that we were. So we didn’t just learn about Islam, we also learned the art of presenting Islam. The art of debate. The art of public speaking.

So, kami pun pulun buka buku sebelum ambil giliran menjaga booth. We tried to learn the correct English terms for words like akidah and Syariah.  We found out that the word for akidah is ‘ Islamic Creed’. Syariah can be roughly translated as ‘Islamic Jurisprudence.’ We didn’t want to stutter and stammer when having to explain these religious things in English. So we read the Quran in English to accustom ourselves to the religious English terms!

ILMU boleh buat kita berani. Bila kita tahu, kita confident. Tanyalah apa pun, kita boleh jawab. Datanglah pendakwah Kristian yang macam mana pun, kita takkan tergugat.

Again ; thirst for knowledge exists in the West! They are not afraid to confront issues and debate and try to make the opponents see their way. They studied the Quran!

Because they study the Quran to attack our religion, so, I bought a second-hand Bible so that I can study it to better understand the Christians! I still have the old bible with me, that I still use to listen to Ahmed Deedat’s lecture in You Tube. I bought his book entitled THE CHOICE to better equip myself for Islamic Awareness Week in my uni

THE CHOICE – buah tangan Syeikh Ahmed Deedat.
A book all MUslims should read, at least, at the level of high school.

 

This is how it should be.

Pelajaran agama di sekolah mesti mempunyai bahagian ‘comparative religion’ and it should be studied IN DEPTH….bukan setakat skim through!

Selagi kita tidak berilmu, selagi tu kita akan takut, kita akan defensif.

Terapkanlah budaya ilmu dalam masayarakat. Diskusi, perbincangan, perbahasan….dalam suasana yang aman tenteram tanpa porak peranda. Tanpa demonstrasi jalanan!

Tolonglah media….berlaku adillah agar kami dapat melihat dua sisi pandang tentang isu yang sama. Mungkinkah tiada demonstrasi jalanan jika media lebih adil memberi ruang?

Tolonglah pembangkang…. Lakukanlah peranan kamu dalam merelisasikan ‘check and balance’. Jangan semua polisi kerajaan yang baik pun kamu nak perlekeh hanya kerana polisi itu datang dari kerajaan. Jangan suka membuat onar dan huru-hara untuk isu-isu yang kamu reka. Jangan politikkan isu PTPTN. (Tolong bayar duit yang kamu sudah pinjam! Please, people! Be honourable.)

Tolonglah kerajaan….ingat lah amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Ingatlah yang kami berhak menyoal kamu. Ingatlah tentang keadilan! Ingatlah tentang wang dan harta rakyat; jangan disalahgunakan. Kita tidak mahu kebangkitan berdarah seperti fenomena Arab Spring. Sebelum ia berlaku, sedarlah dulu.

 

4 thoughts on “‘Kemusliman’ Barat

  1. Oon

    I do hope that you read the bible you really want to understand Christian better and not to pick a fight. I also have a English translation of the Quran. Religion is a personal thing, I don’t understand why should people attack each other on this matter.

    Like

  2. I read the bible when I was a medical student preparing for Islamic Awareness Week. Because the majority of our audience back then was Christian. Have you ever read the Bible cover-to-cover? I haven’t yet.

    I believe that God has revealed the old testament and the new testament and also The Last Testament (i.e the Quran). In that, we have some common ground.

    I openly invite everyone to study comparative religion. One cannot truly appreciate one’s belief until one knows how it compares.

    Like

  3. Pingback: My Personal Jihad – My Life Poetries That May Not Rhyme

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s