A fiction

Since I was in my primary school, I’d loved writing short stories. I was nowhere as skilled and as competent as my elder sister in writing stories. But I did it anyway because I enjoyed it.

So today, I find myself wanting to do it again…to write a fiction, just to recapture again the innocence of my childhood pleasure in losing myself while composing something from inside my head, merely for the heck of it. The title of my short story is: Risiko.

Enjoy!

***

Risiko

Dr. Assad Fajaruddin memicit-micit kepalanya yang mula berdenyut sakit. Gagang telefon yang tadinya terlekap ditelinganya dijauhkan sedikit. Gema suara bingit Dr. Syed meleterinya mahu dikongsi bersama jururawat yang bersama-sama oncall dengannya pada hari itu.

Staff Nurse Fatin yang kecil molek itu tersenyum simpul, faham apa yang Dr. Assad rasakan di saat ini. Inilah habuannya apabila oncall dengan doktor pakar seperti Dr. Syed. Staff Nurse Fatin sudah lama menadah telinga mendengar doktor-doktor lain bercerita tentang Dr. Syed. Malah dia sendiri, pernah merasai kepahitannya. Tetapi  ah, sabar itukan separuh daripada iman. 

Assad menggigit bibir bawahnya menahan geram yang menggunung. Masih dia ingat kata-kata rakan baiknya sebentar tadi, Dr. Taufik. Taufik telah memberi amaran kepadanya tentang betapa ‘legend’nya Dr. Syed ini. Taufik sering berkongsi rasa tidak puas hatinya terhadap Dr. Syed kepada Assad sebelum ini. Assad layan dan dengar. Hari ini, dia pula yang kena.

“Good luck ya, oncall dengan Dr. Syed. Aku doa kau  tak ada kes dan aman tenteram oncall kau. Seksa weh… oncall dengan dia. Seriously macam siot gila!” Taufik berkata pagi tadi. 

Waktu tu, Assad hanya ketawa kecil.

Tapi kini, tiada humor di wajahnya. Hatinya hanya bergema dengan bisikan yang menyatakan bahawa kata-kata Taufik memang sangat tepat. Memang macam siot gila, getus hati Assad.

Assad cuba untuk mengawal intonasi suaranya yang dirasakan sudah mula mahu melonjak ke oktaf yang tertinggi. Dia cuba beristighfar…. tapi rasa marah itu membuak-buak.

Suara Dr. Syed tidak habis-habis meleterinya menerbitkan suatu rasa muak dan mual, hingga mahu muntah. Sungguh Assad menyampah! 

“Dr. Syed, pesakit ini agresif. Saya bukan saja-saja nak admit pesakit ni ke wad. Tapi memang ada risiko kalau tak admit. Skor BPRS dia sampai 18. Sampai sekarang pun, polis masih tak buka dia punya gari sebab dia agresif! Dia sangat paranoid pada ahli keluarganya. Mak ayah dah tua, tak boleh kawal pesakit di rumah. Kalau saya bagi dia balik, tak ada sorang pun  ahli keluarga yang berani jamin akan bawa dia follow up semula esok. Kita sendiri tak boleh buat home visit sebab esok adalah hujung minggu. Jumaat dan Sabtu…. dua hari itu…how are we going to continue our treatment of the patient dan support dia punya family dalam masa dua hari ni?” Assad menarik nafas laju dan panjang, setelah membalas leteran Dr. Syed dengan jawapan bertubi-tubi.

Staff Nurse Fatin terangguk-angguk di sisi, gaya memberi semangat untuk Assad meneruskan hujah bagi meyakinkan Dr. Syed untuk memasukkan pesakit ini ke wad psikiatri. 

Tapi Dr. Syed masih berdegil. “Assad, saya tau dia agresif. Tapi bukan semua patient agresif kita admit.”

Assad yang dah bengang mula mahu memotong. Dah lama dia berhujah dan mengulas tetapi Dr. Syed masih memberi jawapan yang sama. Dia sudah sakit hati dan bila-bila masa dia boleh meletup.

“Memang bukan semua patient agresif kita admit ke wad. Tapi ada yang kita admit juga kan… sebab ada risk of harming others! Kita masukkan pesakit yang ada risiko la, Dr. Syed. Macam selalu!” Assad ternaik juga suara akhirnya. Sudah lima belas minit dia bercakap dengan Dr. Syed. Kata putus masih belum dapat. Dia sudah penat.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Yang menambahkan lagi bebanan perasaannya, ada satu lagi kes yang belum dia lihat dan sudah pun dirujukkan kepadanya sebentar tadi oleh doktor kecemasan. Kes itu pastinya akan makan masa berjam-jam lamanya kerana itu juga adalah kes baru. 

Assad mendengar Dr. Syed mendengus di corong talian. “Dia dah tak sihat setahun, Assad. Selama ni boleh jer family dia kawal dia. Baru hari ni bawa datang ke kecemasan. Kenapa dah setahun sakit, baru hari ni tiba-tiba keluarga tak boleh manage pula?”

Assad menggenggam tangan, cuba menahan rasa geram yang makin mencengkam. Berapa kali aku nak ulang benda yang sama ni? Apakah Dr. Syed tak faham apa yang aku dah terang tadi? Iys, hampir kesemua pesakit psikiatri yang dibawa ke kecemasan selalunya tidak sihat memang dah lama. Paling tidak pun, tiga atau empat bulan dah tak sihat baru keluarga bawa ke kecemasan. Kalau ikut hujah Dr. Syed ni, tidak ada seorang pun yang layak masuk wad psikiatri selama ni. Baru hari tu saja, ada seorang pesakit yang dah lima tahun tidak sihat sebelum akhirnya dia di bawa ke kecemasan, tapi dia tetap dimasukkan ke wad kerana ada risiko!

Reasoning apa macam ni? Assad mula menggerutu dalam hati.

Yang menentukan samada pesakit dimasukkan ke wad atau tidak adalah betapa tingginya risiko untuk pesakit mencederakan diri sendiri atau orang lain. Bukannya berapa lama dia dah sakit sebelum datang ke kecemasan!  Kalau macam tu, tiada sorang pun pesakit  yang datang ke kecemasan yang layak masuk wad!

Kalau dah pakar, jangan bagi judgment dan reasoning yang lemah macam ni. Menjelekkan, tahu tak?! Assad sambung mengomel dalam hati. 

“Jadi, Dr. Syed tak nak admit lah ni?” Assad menekan.

Dr. Syed terdiam.

“Dr Syed?” Assad menekan lagi.

“Bukan tak mau admit. Tapi pesakit sebenarnya dah  tak sihat setahun dah kan. Kalau ikut pengalaman saya, tak perlu admit pun.” Suara Dr. Syed yang turut melonjak naik itu memanaskan lagi hati Assad ketika ini.

Mata Assad mula mencerlang. Tak habis-habis kau bagi kat aku reason generic yang sama. Aku bagi situasi yang context-specific. Kau bagi reasoning yang langsung tak tepat dan jitu dan mengabaikan konteks yang aku bagi. Assad geram.

Aku dah cakap yang dia agresif; yang dia paranoid; yang dia nak bunuh keluarga dia hinggakan pisau-pisau tajam semua disembunyikan oleh ahli keluarga; yang dia mengugut keluarganya; dan esok adalah weekend di mana kita tidak dapat melakukan lawatan ke rumah jika ahli keluarga tidak dapat membawa pesakit untuk pemeriksaan semula. Punya banyak reason aku bagi, kau asyik dok ulang ayat yang sama yang kononnya pesakit sudah lama tidak sihat.

Samada kau pekak atau kau langsung tak memahami perkataan! Bengang Assad berganda-ganda.

“Kalau Dr. Syed tak nak admit, tak apa. Tapi saya rasa ada risiko lah.” Assad tegas dengan penilaiannya. Dia takkan berganjak.

Dia mahu kata putus. Tak guna mendengar Dr. Syed berleter jika akhirnya kata putus masih tak dapat. Kalau kau tak nak admit, kau tak payah berletar panjang-panjang. Kau cakap jer tak nak admit; aku akan tulis yang kau tak bagi aku admit. Tapi aku takkan buat-buat, berpura-pura  seolah-olah aku puas hati dengan keputusan kau. Takkan! getus hati Assad.

Sekali lagi dia teringat kata-kata Taufik yang sering meluahkan perasaan kepadanya mengenai Dr. Syed. “Dr. Syed tu anxious. Dia tak berani nak buat keputusan. Berleter panjang-panjang sampai nak dekat setengah jam. Lepas tu tak ada kata putus. Haru betullah pakar macam ni!” Taufik menggerutu, geram.

Assad mengeluh, kesal. Taufik, kau dah bagi amaran kat aku. Sekarang baru aku rasa. Damn it!  Hatinya menyumpah sorang-sorang. Bila diingatkan semula, bukan setakat Taufik yang memberi amaran kepadanya tentang perangai ‘anxious-tiada-kata-putus-suka-tolak-kes’ Dr. Syed. Malah begitu ramai lagi. Tapi tidak pernah Assad kena handle situasi seteruk ini.

Kakak, ibu dan adik pesakit di hadapannya memandang wajah kelat Assad dan mendengar setiap butir kata-kata yang keluar dari celah bibir Assad. Walaupun mereka tidak dapat mendengar apa yang Dr. Syed cakap di talian, tetapi, mereka dapat meneka yang Assad sedang berperang dan berjuang untuk mereka. Assad malu kerana mereka mendengar dia sedang bertekak dengan bossnya.

“Macam ni lah, kalau you nak admit juga, you admitlah. Tapi kalau esok saya tengok dia okey jer, saya takkan sign borang 6. Sebab borang 6 tu untuk extend admission sampai sebulan. Kalau esok dia okey, saya takkan sign borang 6.”

Menyirap darah Assad.

Kau cabar aku… tak nak sign borang 6? Damn it!

Tidak pernah selama dia bekerja sebagai pegawai perubatan di jabatan ini dia mendengar seorang pakar yang setuju untuk admit pesakit ke wad, dan kemudian dengan ayat seterusnya menyatakan yang dia tidak akan sign borang 6.

Kalau kau tak yakin yang pesakit ini patut masuk ke wad, sampai kau nak buat statement berbaur ugutan tak nak sign borang 6, kau patut turun sekarang ke kecemasan, kau tengok sendiri pesakit ni! Bukannya buat keputusan bodoh seperti ‘allow admission, but I might not sign borang 6.’ Itu hanyalah sikap seorang pakar pengcecut  dan tak berani nak ‘commit to a decision’ tapi pada masa yang sama pemalas nak turun padang tengok sendiri keadaan pesakit. Hati Assad membara panas.

Kalau kau dah perangai macam ni, kau tak payah jadi pakar okey! Kau patut ambil tanggungjawab kau, commit to a decision and don’t blame others the next day! Sekali lagi jiwa Assad meronta-ronta mahu melepaskan apa yang dia rasa terus ke corong telefon, biar Dr. Syed tahu betapa marahnya dia sekarang ni.

“Okey. Kalau Dr. Syed tak mau sign borang 6 esok, tak payahlah Dr. Syed sign. Discharge lah dia,” Assad membalas cabaran Dr. Syed.

Dr. Syed terdiam sekejap kemudian menjawab. “Tak adalah… memanglah kalau kita admit patient, selalunya kita tunggu sampai weekdays juga lah nak discharge. Tak adalah kita discharge over the weekend.” 

Dah tu? Kalau kau dah tahu memang macam tu kita dok buat selama ni, kenapa kau nak bring up pasal borang 6? Saja nak bagi aku sakit hati? Hey, tak payah nak berleter lah pasal fungsi borang 6 tengah-tengah malam ni. Aku tau lah borang 6 tu untuk apa. Hiys!  Assad mencemuh lagi dan lagi.

“Jadi, kita admit ke tak ni?” Assad menekan. Dia tidak kira, Kalau Dr. Syed tak bagi dia masukkan pesakit ini ke wad, dia akan call boss besar sendiri.

Kau ingat aku macam Carla yang baru setahun jagung jadi MO sampai kau boleh berleter panjang-panjang dan aku akan dengar saja tanpa boleh berfikir dan buat judgment sendiri? Hey, kau silap orang, okey! Carla yang setahun jagung menjadi MO pun pandai menilai, mana pakar yang cekap, mana yang cemerkap!

“Ha, admit jerlah.” Dr. Syed akhirnya mengalah. Tetapi nada tidak puas hati Dr. Syed bagaikan api yang di simbah dengan petrol dalam hati Assad. 

Gagang telefon diletakkan. Sedikit kuat ia terhempas. 

Assad memandang staff nurse Fatin dengan mata dan wajah yang letih. Letih yang amat sangat!

“Benda boleh selesai consult lima minit… jadi 20 minit.” komen Staff Nurse Fatin.

Assad tersenyum sinis. “Hari tu, Carla kena setengah jam! Rania pula hari tu hampir 45 minit dengar bebelan jer… dah lah tu, tak ada kata putus pula lepas tu. Ni first time saya pula kena sedahsyat ni. Ni pun kira okey lah 20 minit jer! Dan akhirnya dapat juga admit. So, puas jugalah hati saya. Kalau sampai 20 minit consult and then tak dapat admit, saya pula yang mengamuk sampai Fatin kena cucuk Haloperidol kat saya pula nanti.” Assad berseloroh, cuba memujuk hati sendiri dengan berjenaka hambar. Staff Nurse Fatin hanya ketawa kecil. 

“Kalau tak dapat admit tadi, saya dah call ketua jabatan.” ujar Assad, kali ini lebih serius.

Staff Nurse Fatin menggeleng-gelengkan kepala dan kemudiannya menyelesaikan semua urusan surat-menyurat yang diperlukan untuk memasukkan pesakit ke wad psikiatri lelaki.

“Terima kasih, doktor Assad. Sebab masukkan adik saya ke wad.” Kakak pesakit bersungguh-sungguh berterima kasih. Assad dapat lihat sepasang mata wanita itu sedikit berkaca.

Assad menarik nafas, menahan rasa terharu.“Sama-sama.” Hilang penatnya hanya kerana ucapan terima kasih yang ikhlas daripada ahli keluarga pesakit yang begitu mengharap padanya.

Assad menyandarkan tubuhnya ke belakang kerusi, mahu membuang lelah atau melelapkan mata barang seminit dua. 

“Doktor, ada satu kes lagi ni. Tak boleh rehat lama-lama.” Staff Nurse Fatin mengingatkan.

Assad kembali menegakkan badannya dan mengangguk, tahu yang dia tidak boleh berehat lama, membiarkan satu lagi kes tergantung menunggu perhatiannya. Oncall masih perlu diteruskan walaupun jiwa dan emosinya masih terdera dengan kisah kes tadi. 

“Kali ni, saya akan buat keputusan sendiri. Dan takkan consult Dr. Syed lagi. Buang masa!” Assad mendengus. “Okey, panggil next patient masuk!”

***

Pada hari Ahad itu, Assad segera pergi ke wad psikiatri lelaki. Dia mahu melihat sendiri keadaan pesakit yang dia masukkan ke wad sewaktu dia oncall hari Khamis itu. Adakah sudah bertambah sihat atau masih agresif seperti hari tu?

“Dr. Assad…. you tau tak, patient yang you admit hari tu… dia mengamuk sampai pecah cardiac table semalam. Teruk sungguh” Carla bercerita.

Assad tersentak. Terangkat keningnya.

Dia tahu pesakit itu agresif dan patut masuk ke wad. Tetapi dia tidak fikir pesakit itu boleh sebegitu ganas sehingga ranap cardiac table wad psikiatri ini. Dalam hati, Assad memanjatkan rasa syukur kerana dia bertegas mahu pesakit dimasukkan ke wad walaupun terpaksa bertegang urat leher dengan boss sendiri.

This is why I become a doctor. For my patient. Not for my boss. Do what is right and you will be rewarded. If not here, then in the hereafter, insyaAllah.  Hati Assad berbisik.

Taufik yang berada di sebelah Assad memberikan ‘thumbs-up sign’ kepadanya. “Puas hati juga gaduh. Kau tahu kau betul. Dah clear tanda Allah bagi… untuk tolong kau justify kenapa kau admit pesakit ni. Pesakit lain yang senang admit pun tak adalah ganas macam ni. So, don’t worry. Obviously, Dr. Syed was wrong.” Taufik menepuk bahu Assad.

“Kalau nak ikutkan, buat apa aku nak penat-penat gaduh dengan orang atasan. Apa yang aku dapat? Buat apa nak susah-susah kalau bukan mengingatkan yang kerja ni amanah dan insyaAllah kita akan dapat balasan yang baik. Kalau hari tu weekdays, aku boleh justify lagi nak bagi pesakit balik rumah. At least, aku boleh back up dengan lawatan ke rumah pesakit esok hari. Tapi in this case, esok tu cuti….dua hari pula tu….dengan pesakit agresif macam tu…aku tak boleh nak justify diri aku kalau aku  tak fight untuk admit pesakit. Kalau jadi apa-apa, I can’t live with myself.”

Carla mengangguk.

Taufik pula menyampuk. “Memang tak logik la Dr. Syed ni. Judgment out! Punya banyak you bagi reason nak admit… dan reason you semua context-specific. Dia dok ulang reason yang umum yang sebenarnya bukan justifikasi yang cukup untuk tidak masukkan pesakit ke wad. Punya banyak pesakit yang kita admit selama ni yang datang ke kecemasan lepas dah lama sakit. In fact, hampir semua pesakit yang datang ke kecemasan dah berbulan-bulan dah sakit… adakah semuanya tak admit? Admit juga kan! Maksudnya admission bergantung kepada risiko harm to self and harm to others…tak ada kaitan kalau dia dah sakit setahun ke, sepuluh tahun ke…. be objective la…yang nak ulang ayat yang sama tak habis-habis tu, dah apahal??!”

“Aku rasa aku boleh tahan lagi kalau dia berleter jer. Aku just tak suka kena cabar. Kena ugut. Konon tak nak sign Borang 6. Tak pernah aku dengar pakar lain cakap benda macam tu. Aku tahu dia tak nak admit pesakit. Tetapi pada masa yang sama, sebab aku insist pesakit ada risk, dia tak berani juga nak discharge. So dia tak boleh nak buat decision. He was upset and he took it out on me. Kau ingat, aku ni baik sangat ke macam si Carla ni, nak tahan sabar bila kena treat macam tu?” Assad bercerita apa yang menyebabkan dia benar-benar nak naik hantu pada malam itu. Pantang Assad Fajaruddin diancam dan diugut! Pantang dia jadi pengecut! Lagi dicabar, lagi disambut. 

“Assad…. maksud nama kau kan singa! Memang takkanlah kau boleh sejinak Carla. Sabar itu jauh sekali.” Taufik menjuih bibir. Dia masih ingat lagi Assad memberitahu kepadanya bahawa namanya dipilih oleh bapanya. Assad Fajaruddin bermaksud ‘singa yang pertama atau the first lion, memandangkan Assad adalah anak sulung. 

“I bukan jinak laaa…. I kena buli laa…. sebab I baru. Tak berani lawan.” Carla memuncungkan mulutnya.

“Aku nak pi complain kat ketua jabatan. Dah setahun aku sabar. That was the last straw that broke the camel’s back. And I couldn’t take it anymore.”

“Apa yang ketua jabatan boleh buat, weh? Nothing. Boleh slow talk jer lah… kau rasa ada perubahan? Memang takkan punya!  Ada specialist Ortho kat hospital time aku buat houseman dulu, punya banyak orang complain pasal dia… masih lagi dia dok bermaharajalela. Specialist O&G kat hospital adik aku dulu pun sama! Bila orang complain kat facebook, kata tak guna saluran betul. Tapi sepanjang kita dok guna saluran betul ni, tak ada pula nampak perubahan pun! Ayat politik jer lebih! Saluran betul, konon! Kadang-kadang kena ada juga orang macam kau ni! Baru orang buka mata!”

“Tak apa… aku cuba pula saluran betul kali ni. Tak jalan juga… Aku akan burst out balik. Macam selalu. Hahha”

“Typical Assad. A leopard can never change its spots!” Taufik berseloroh. 

“Perhaps, I can hide my spots with cosmetics of some sort!” Assad membalas.

“And the cosmetics will come off the next time you are doused with a stream of provocation,” Carla membuat konklusi.

Terhambur ketawa mereka bertiga. 

Assad, Carla, dan Taufik berjalan bergandingan keluar daripada wad psikiatri lelaki dan menuju terus ke klinik.

Assad berfikir sendiri: Yesterday in history. Today is another day. And If I have to do it again, I would not change a thing! Not a word! Not even a single syllable!

-The End-

Disclaimer:

The story, all names, characters, and incidents portrayed in this creative writing are fictitious. No identification with actual persons (living or deceased), places, buildings, and products is intended or should be inferred.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s