Awak Derma Kepada Saya….Saya Akan Baca Tahlil Untuk Ahli Keluarga Awak

Cerita Minggu Lepas:

Terdengar loceng rumah berbunyi berkali-kali. Aku malas nak buka pintu. Nak salin baju, nak pakai tudung. Terlalu banyak kerahan tenaga semata-mata nak buka pintu. Confirm bukan kawan aku, mesti kawan mak. Sebab kawan aku sudah semestinya akan sms dulu sebelum datang.

Jadi aku biarkan mak membuka pintu.

Sejenak kemudian, terdengar suara lelaki asing di ruang tamu rumah. Perlahan-lahan aku turun tangga dan bersembunyi di sebalik dinding. Suara lelaki itu jelas kedengaran, sedang berbicara dengan mak.

“Saya dari Maahad Tahfiz X.  Bla Bla Bla. Saya tahu saya tiada permit untuk minta derma. Tapi kita nak buat kebaikan, tak perlulah nak permit pula kan?”

Okay….fine. Buat kebaikan memang tak payah permit. Aku setuju.  Walaupun aku kadang-kadang ada rasa curiga dengan orang yang mengutip derma tanpa permit kerana  mungkin berlaku penyelewengan atau mereka mungkin sebahagian daripada sindiket haram. Tapi aku selalunya berbaik sangka sahaja.

Maka, aku setuju dengan pernyataan umum bahawa  ‘untuk berbuat kebaikan tidak perlu permit.’  Ulangan semula: Aku menyetujui prinsip tersebut secara umum (penegasan diberikan kepada perkataan ‘prinsip umum’).

Dia berbicara dengan lebih lanjut.

“ Saya nak buat tawaran kepada akak. Kalau akak sudi derma untuk saya…saya dan rakan-rakan akan tolong buat tahlil untuk ahli keluarga akak yang telah meninggal.”

Erk?

Aku tak setuju.

Mak dah ambil duit dan berikan kepada anak muda tersebut.

Aku tak setuju.

Mak sudah pun menulis nama-nama ahli keluarga yang hendak ditahlilkan

Aku. Tak. Setuju.

***

Cerita 7 tahun lepas:

Aku baru saja menjejakkan kaki  ke Australia dan sedang menghabiskan summer dengan rakan di Melbourne.

Kebetulan hari tu adalah nisfu Syaaban. Bayangkan, pertama kali nisfu Syaaban di Australia. Teruja!

Senior-senior dah panggil berkumpul lewat Asar nanti. Kami semua sudah dapat jangka; mesti nak baca Yassin 3 kali berturut-turut dan mengamalkan doa nisfu Syaaban.

Maka, kami berkumpul pada masa tersebut; bersedia membawa surah Yassin; ada yang bawa botol air untuk dijadikan air Yassin. Nak mengambil berkat, katanya.

Bayangkan terkejutnya kami apabila kami bukannya disuruh membaca Yassin sebanyak tiga kali. Malah sekali pun tidak. Mukadimah doa nisfu Syaaban pun tidak nampak.

Sebaliknya kami diberikan tazkirah mengenai Bidaah.

Di situlah bermulanya kefahaman aku tentang Bidaah Dalam Agama.

Jika aku hendak senaraikan apakah hikmah pertama aku berada di luar negeri; inilah yang akan terlintas dalam fikiran aku. “Kefahaman tentang Bidaah Dalam Agama”

***

Tiada bidaah hasanah dalam perkara ibadat. Noktah.

Aku tak kisah nak memberi derma. Silakan.

Tapi apabila kamu membuat tawar-menawar “Jika awak memberi derma kepada saya, maka saya akan buat tahlil untuk awak.”  Aku SANGAT KISAH.

Pertama: Jika kita nak menderma, biarlah kita ikhlas. Jika kita memberi derma tapi caranya lebih kepada seolah-olah memberi upah tahlil, baik jangan gelarkan ia sebagai ‘derma’. Itu adalah satu manipulasi perkataan yang sangat melambangkan ketidakjujuran.  Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa ini bukan setakat manipulasi perkataan; tetapi juga manipulasi agama. Ini adalah sesuatu yang saya SANGAT PANTANG.

Kalau kau nak minta derma, kau cakap saja kau nak minta derma. Mak aku memang selalunya akan bagi saja kalau dah ada orang sampai ke muka pintu. Tapi apabila kau buat tawaran untuk buat tahlil in exchange of derma, derma itu dah jadi mungkin ‘kurang ikhlas’…malah tak pasal-pasal, terlibat dalam bidaah pula.

 

Kedua: Jika kamu adalah golongan yang percaya bahawa tahlil adalah ‘bidaah hasanah’ yang dibenarkan dalam agama, maka kamu hendaklah ikhlas melakukannya tanpa mengharapkan wang derma.

Adakah jika aku tak mampu bagi derma, maka kau tak nak tolong mendoakan sanak-saudara aku yang meninggal? Berkiranya kau ni! Padahal, bertahlil ini hanya modal air liur saja. Malah, orang-orang biasa juga (tidak perlu tunggu pelajar Maahad Tahfiz) boleh bertahlil sendiri jika dia mahu. Maka mengapa kamu berkira? Ingat, seorang hamba boleh berdoa kepada Allah tanpa perlu perantaraan sesiapa (tidak perlu Imam, tidak perlu ustaz; tidak perlu tahfiz). Inilah keistimewaan agama kita apabila Allah sendiri telah menyatakan “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, sesungguhnya Aku dekat” .

Jadi mengapa kamu meletakkan syarat bahawa kamu hanya akan bertahlil jika diberi derma, seolah-olah ini adalah satu business transaction sistem barter; seolah-olah kami tidak mampu berdoa sendiri kerana mungkin kami ini tidak ‘seberkat’ kamu?

 

Baca betul-betul apa yang saya maksudkan. Bersedakah itu elok. Tapi bukan dengan mencampur-adukkan dengan perkara bidaah. Saya lebih suka jika kita bagi saja derma tapi dengan tegas menyatakan “Tak pa. Derma akak ikhlas. Akak tidak amalkan tahlil. Akak akan berdoa sendiri untuk ibu-bapa akak seperti yang dianjurkan dalam agama kita”

 

Namun ini membawa kita kepada satu lagi persoalan utama. Adakah bertahlil itu bidaah?

Saya orang pertama yang akan mengaku bahawa saya memang tidak ada ijazah bidang agama. Ijazah saya adalah dalam bidang perubatan. Maka, siapalah saya untuk menjawab soalan ini?

Saya hanya mendengar perbahasan, dalil dan hujah daripada kedua-dua belah pihak, lalu saya membuat kesimpulan. Terpulang kepada kalian untuk menimbangkannya.

Untuk saya, ringkas sahaja.

Tiada bidaah hasanah dalam perkara aqidah dan ibadat khusus (ibadat khusus pula terbahagi kepada ibadat wajib dan ibadat sunat)

 

Dalam perkara ibadat/aqidah, “Semuanya adalah haram melainkan ada dalil yang membenarkannya”.

-Solat kita sentiasa mempunyai bilangan rakaat yang sama. Bukanlah bidaah hasanah apabila menambah rakaat. Haram.

-Bukanlah bidaah hasanah untuk mengamalkan surah Yassin pada Malam Jumaat dan mengabaikan surah Al-Kahfi.

-Bukanlah bidaah hasanah apabila kita membaca Yassin 3 kali berturut-turut dan disandarkan fadhilat-fadhilat kepadanya di samping menambah doa nisfu Syaaban pula.

Dalam perkara ibadat; tidak wujud perkataan ‘bidaah hasanah’. Noktah

 

Dalam perkara kehidupan seharian “Semuanya adalah harus melainkan ada dalil mengharamkannya.”

Kita tidak akan jumpa dalil membenarkan pemakaian nylon berbanding kapas.

Kita tidak akan jumpa dalil membenarkan pemakanan kangaroo.

Kita tidak akan jumpa dalil membenarkan masjid dibina berwarna-warni atau menggunakan Kristal dan sebagainya.

Kita tidak akan jumpa dalil membolehkan kita memakai baju kurung, cheongsam atau baju Punjabi.

 

Kerana dalam perkara seharian, sudah nyata lagi tersuluh bahawa kita dibenarkan berinovasi.

Kerana dalam perkara seharian, kita sudah faham bahawa semuanya boleh dilakukan kecuali sudah ada dalil mengharamkannya. Tidak perlu tunggu dalil membenarkan. Cukup untuk kita tahu dalil yang mengharamkan; selebihnya kita tahu kita boleh buat.

Contohnya, kamu boleh makan semua benda; kecuali arak, babi, binatang berkuku tajam, binatang berbisa, binatang dua alam etc etc. Memang kangaroo boleh dimakan …terpulang samada tekak kamu lalu atau tak.

Kamu boleh pakai apa saja baju dengan apa saja warna asalkan kamu menutup aurat dan tidak bertabarruj. (tabarruj sendiri ada perbahasannya)

Kamu boleh bina apa saja bangunan dengan apa saja bentuk sesuka hati kamu melainkan ada dalil menngharamkan bentuk-bentuk tertentu (none that I know of).

Maka, jangan kata perkara-perkara ini bidaah hasanah. It’s not even called bidaah. It is simply allowed.

 

***

Perkataan bidaah hasanah sendiri ada perbahasannya.

Ada golongan yang mengatakan semua bidaah adalah haram. Ini kerana mereka tidak memasukkan ‘perkara seharian’ sebagai tajuk bidaah. Untuk mereka, perkara-perkara seperti traffic light, kereta, jalan raya, rumah, computer, ipad, iphone dan android bukanlah tajuk bidaah. Untuk mereka, tajuk ‘bidaah’ hanya berkaitan dalam perkara akidah dan ibadat …dan oleh itu, semua bidaah adalah haram.

 

Ada golongan yang mengatakan bidaah hasanah dibenarkan. Namun bidaah hasanah yang mereka maksudkan di sini adalah tentang perkara seharian sahaja: traffic light, kereta,  jalan raya, rumah, computer, ipad, iphone, android. Mereka sendiri tidak membenarkan bidaah hasanah dalam perkara ibadah. Malah, ‘bidaah hasanah’ adalah sejenis oxymoron bagi mereka.

 

Namun ada golongan yang memang membenarkan bidaah hasanah dalam perkara ibadat. Orang Melayu kitalah selalunya.

 

Namun saya kuat menyatakan, mana mungkin ada bidaah hasanah dalam perkara ibadat! Ibadat sudah ada dalil-dalilnya dan cara-cara melakukannya; di mana memerlukan wahyu  dan sunnah untuk menetapkannya.  Ulangan!: perkara ibadat memerlukan WAHYU dan sunnah.

Mana mungkin ada yang lebih ‘hasanah’ daripada apa yang Allah dan Rasullullah telah ajarkan.

Rasullullah di dalam khutbahnya sering menyatakan:

“Amma ba’ad. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah firman Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan seburuk-buruk perkara adalah yang dibuat-buat (bid’ah) dan setiap bid’ah itu sesat.”(HR. Muslim, no.867)

 

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa yang mengamalkan satu amalan yang dibuat-buat dalam ajaran kami (agama) padahal amalan itu bukan berasal dari agama ini, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Bukhari – Muslim)

 

Malik bin Anas Rahimahullah berkata: “Barangsiapa yang melakukan suatu bid’ah dalam Islam yang dia menganggap baik bid’ah tersebut, maka sungguh ia telah menuduh bahwa Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengkhianati risalah ini. Sebab Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan bagimu agama dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam sebagai agamamu”. (QS. Al-Ma’idah: 3) Oleh sebab itu apa saja yang bukan merupakan agama pada hari itu, maka ia bukan termasuk agama pada hari ini”( al-I’tisham oleh asy-syaathibiy,1/64)

 

Asy-Syaukani Rahimahullah berkata : ”Maka jika Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyempurnakan agama-Nya sebelum Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam wafat, maka apa ertinya pendapat bid’ah yang di buat-buat oleh kalangan ahli bid’ah tersebut!!? Kalau memang hal tersebut merupakan agama menurut mereka, bererti mereka telah beranggapan bahwa agama ini belum sempurna kecuali dengan tambahan pemikiran mereka, dan itu bererti pembangkangan terhadap Al Qur’an. Kemudian jika pemikiran mereka itu tidak termasuk dalam agama, maka apa manfaatnya mereka menyibukkan diri mereka dengan sesuatu yang bukan dari agama ini”!?

 

***

‘Bidaah hasanah’ telah lama bermula; sejak sebelum kedatangan Nabi Muhammad (SAW) lagi.

Cerita beribu-ribu tahun lepas:

Di suatu sudut kawasan Kaabah yang lengang, dua orang sahabat sedang khusyuk dalam satu perbincangan yang serius. Panas teriknya padang pasir hampir tidak terasa oleh mereka berdua.

“ Lihatlah betapa ramainya ahli masyarakat kita yang telah meninggalkan ajaran tauhid. Hamba risau”

“Hamba juga prihatin melihat masyarakat kita yang telah lama meninggalkan agama kita.”

“Bagaimana jika kita lakukan sesuatu untuk mengingatkan mereka tentang agama kita?”

“Maksud tuan hamba?”

“Apa kata kita dirikan patung-patung berhala orang-orang soleh yang telah lama meninggalkan kita, agar mereka akan ingat tentang agama kita?”

“Bolehkah berbuat demikian, wahai tuan hamba?”

“Niat kita baik. Kita mahu mereka mengamalkan semula ajaran tauhid. Mungkin dengan melihat patung orang-orang soleh ini, mereka akan lebih menghayati agama ini. Pastinya ada kebaikan dengan amalan ini.”

“Tapi tuan hamba, ini adalah perkara baru. Hamba tidak pernah dengar semua ini.”

“Ini adalah perkara baru yang baik. Niat kita suci. Kita mahu mereka kembali kepada ajaran Allah S.W.T. Pastinya ada pahala.”

Rancangan membina patung berhala diteruskan. Pada mulanya rancangan mereka berjaya. Generasi mereka kembali mengamalkan ajaran tauhid apabila terpandang berhala orang-orang soleh di sekeliling mereka. Mereka tahu bahawa patung-patung ini adalah jelmaan batu orang-orang soleh, bukannya Tuhan sembahan mereka.

Namun beratus-ratus tahun berlalu. Generasi lama meninggalkan generasi baru. Berhala orang soleh yang ditinggalkan oleh generasi lama kini disembah sebagai tuhan oleh generasi baru yang tidak tahu-menahu tujuan generasi lama mengukir batu.

Semuanya kerana niat baik ‘bidaah hasanah’ suatu masa dahulu.

***

Kalau korang nak buat jugalah binaah hasanah di bulan Ramadhan ni, meh aku suggest satu. Yang ni best punya bidaah hasanah. hahah.

Aku namakan bidaaah ini sebagai: Bidaah Hasanah Dalam Pemakanan Kurma.

kurma sour cream

Rukun pertama: Siapkan duit.

Rukun kedua: Bergerak ke Pasaraya terdekat.

Rukun ketiga: Mencari buah kurma di Pasaraya tersebut

Rukun keempat: Mencari sour cream di Pasaraya tersebut

Rukun kelima : cicahkan kurma dengan sour cream tersebut lalu makanlah akan ia.

Rukun terakhir: Ketahuilah rukun ketiga dan rukun keempat tidak perlu mengikut tertib.  :)

dip kurma into sour cream
Oh Yummy! Katakanlah Alhamdulillah di atas inovasi yang begitu enak ini.

One thought on “Awak Derma Kepada Saya….Saya Akan Baca Tahlil Untuk Ahli Keluarga Awak

  1. Pingback: My Personal Jihad – My Life Poetries That May Not Rhyme

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s