Religious Delusion & Religious Snobbery

 

Semua orang ada pantang larang dalam hidup …. Selain daripada apa yang telah diharamkan dalam agama, kita turut mempunyai  sesetengah perkara yang kita memang pantang dan sangat allergic terhadapnya.

 

Ever since I started being involved in psychiatry, I suddenly recognized my  absolute No-No! Something that would make me INSTANTLY angry! I have analyzed myself and I now recognized that I have always been deeply allergic to someone who possesses religious delusion and religious snobbery!

Couldn’t handle that sort of person!

When I came across that sort of person, my ego kicks in! I wanted to tear down his logic to pieces. I wanted to make that person SEE that he is WRONG! Wrong! Wrong! He thinks he is good and religious, but he’s got it all backward, so he better stops it before he gives a totally wrong impression about our religion to others!

***

For someone who is deeply allergic to religious misinterpretation and religious delusions, I chose a wrong path. Being in psychiatry, religious delusion can be found right, left and center! Seriously!

But I couldn’t get angry at them because I know they don’t have the mental faculty to reason out with me.

“Kamu keluar wad hari tu, ada ambil syabu lagi?”

Dengan nada yang tinggi dan riak wajah bengang, “Saya mengaku saya ambill syabu. Syabu bukannya haram doktor. Mana dalam Al-Quran yang kata syabu haram? Yang haram tu arak ja! Awat doctor tak larang orang yang minum arak? Minum arak okay pula? Suka hati sayalah saya nak ambil syabu…saya mengaku. Saya tak takut. Saya takut kat Allah saja. Saya tak takut kat manusia.”

“Bila masa doktor kata minum arak ok? Dan betul ke Syabu tak haram?”

“Syabu mana haram! Allah kata minum arak ja haram…air kencing syaitan. Syabu bukannya air! Doktor ni tak reti! Saya lagi pandai daripada doctor, saya belajar lagi tinggi! Saya pernah jual Syabu kat engineer, lawyer, doctor. Orang-orang yang hebat ja ambil syabu ni, doctor tau dak . Ada pulak kata syabu haram! Baca Quran! Saya ikut undang-undang Allah…saya tak takut dengan manusia! Saya mengaku saya ambil Syabu. So what??”

Nampak tak? Bagaimana kita nak berhujah dengan orang yang yakin bahawa dia lebih beragama daripada orang lain, (religious snobbery atau kesombongan dalam beragama)? You cannot!

Konsep takut kepada Allah semata-mata….tu dah konsep yang elok. Tapi salah aplikasi. Bila dia letak ayat “saya takut pada Allah saja” bercampur-aduk dengan aktiviti dia yang salah tu…dia rasa dia betul! Dia lebih baik dan alim daripada doktor. Mustahil dia akan ikut cakap doktor bila dia rasa dialah yang lebih baik!

Kemudian dicampur-aduk dengan tuduhan seolah-olah ‘doktor membenarkan arak’ untuk menguatkan hujah bahawa dia seorang saja yang tau pasal Quran – padahal doktor tak pernah kata pun arak okay.

****

“Hmmm….2 bulan hilang, tak makan ubat. Awak pi mana?”

“Saya ghaib, doktor.”

“Ghaib pi mana?” Doktor dah pening.

“Doktor tanya banyak-banyak ni, nak buat apa? Doktor nak belajar ilmu dengan saya ka?”

Oh, sudah.

“Ilmu apa?”  Doktor  bertanya, membayangkan minat. “Ilmu ghaib ke?”

“Kalau saya habaq kat doktor pun buat apa? Doktor nak beramal ke, kalau saya cakap?”

“Cakap sajalah.Saya cuma nak tau awak dok amal ilmu apa? Kalau doktor nak beramal pun, doktor  nak kena tuntut ilmu dulu kan? Jadi awak kenalah cerita kat doktor.”

“Ilmu tanpa amal tu sia-sia tau, doktor. Takkan doktor tak tau kata-kata Imam Al-Ghazali ni?” Wahhh, memang bijak bestari  pesakit Schizopphrenia aku ni. Kata-kata bernada agama keluar lancar dan laju untuk memerli doktor.

Doktor pun kenalah buka langkah juga, dan membalas. “Memang ilmu tanpa amal tu sia-sia….tapi yang lagi teruknya, amal tanpa ilmu tu GILA…so saya tanya jer, sebab nak tengok samada amal awak ni ada basic ilmu yang sahih ke tak?”

“Saya tak gila!”

Ooops. Heheh.

“Doktor bukan nak kata awak gila. Awak bagi ayat ‘ilmu tanpa amal tu sia-sia’…tapi sambungan ayat tu awak tak sambung. Takkan awak tak tau, ayat penuhnya “ilmu tanpa amal sia-sia, dan amal tanpa ilmu tu gila”. Kan?” Giliran aku pula lah nak perli balik.  “Haihh…awak kan banyak ilmu daripada doktor, takkan awak tak tau kot? Ni kan Imam Al-Ghazali yang kata.” Paku buah keras dilayangkan laju-laju.

Oh sungguh best bila aku boleh cakap macam tu.

 

Aku pun tahu, I am doing something really pointless here. Macamlah diorang nak balik fikir pun apa yang aku cakap. Diorang akan masih merasakan diorang lebih berilmu dan beragama daripada doktor. Walaupun banyak konsep diorang memang silap 180 darjah…tapi diorang masih yakin diorang betul!

 

Walaubagaimanpun, sekurang-kurangnya kita boleh memaafkan perangai mereka kerana kita tahu mereka ada masalah mental.

Tapi bagaimana perasaan kita jika golongan yang mempunyai religious delusion dan kesombongan beragama ini berada di kalangan rakan-rakan kita yang sepatutnya normal? Rasa macam nak lempang laju-laju kan?

Tak tahan!

Dan ini memang pantang aku yang paling dahsyat!

Jangan dok buat budget alim dengan aku apabila kamu ini silap! Jangan dok lemparkan kata-kata yang kedengaran beragama dan baik apabila konsep itu kamu aplikasikan dalam situasi yang salah! Menjelekkan, tau tak???

***

Contoh-contoh orang yang mempunyai kesombongan beragama ini nampak jelas dalam PRU-13 hari tu.

Ada puak yang merasakan hanya mereka yang lebih alim daripada pihak satu lagi. Mereka lebih benar dari semua segi.

Ada puak yang merasakan hanya mereka yang mahukan agama. Seolah-olah semua penyokong pihak yang sebelah sana langsung tidak mahukan agama.

Sehingga ada yang merasakan “tak sokong kami sama seperti tak sokong Islam.”

Atau pun ada juga puak lain yang menyatakan “sokong parti satu lagi adalah haram.”

Apa ni?? Konsep mana pula ni? Just because kamu letak dalil dan ayat yang kadang-kadang langsung tak kena konteks, kamu dah samakan seolah-olah kamulah Islam, dan tidak menyokong kamu sama seperti tidak menyokong Islam.  Dan menyokong parti satu lagi pula kamu samakan seperti melakukan dosa yang hukumnya haram.

Babe, this is politic! Kamu tak payah nak budget sangat, boleh tak? Kamu saja ke yang melaungkan slogan Islam?  Sehinggakan ISMA yang turut melaungkan slogan Islam pun kamu nak bermusuh juga? Kamu saja yang hebat? Get over yourself, boleh?

Mana boleh kamu membuat persamaan-persamaan macam ni. Tak sokong kamu SAMA DENGAN tak sokong Islam?  Kamu siapa nak cakap macam tu? Ke kamu pun nak kena jumpa psychiatrist?

Persamaan-persamaan yang berangkai-berangkai seperti ini SANGAT BAHAYA dan TIDAK SIHAT.

Sebagai contoh:

“Abu, mai sini aku nak cakap sikit! Adik perempuan kamu ni tak tutup aurat. Tidak menutup aurat sama dengan tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak mengamalkan ajaran Islam samalah seperti kamu menolak Islam. Menolak Islam bermakna kamu ini kafir. Jadi, adik perempuan kamu yang tidak tutup aurat sama seperti murtad. Lebih baik kamu suruh dia mengucap balik.”

(di sini adik perempuan yang melakukan dosa tidak menutup aurat diberikan persamaan-persamaan yang berangkai-rangkai sampai jatuh murtad. Ini metod yang salah! Ini ZALIM! Adik perempuan yang tidak menutup aurat memang berdosa tetapi selagi dia tidak menolak kewajipan menutup aurat, dia tidak murtad. Mana boleh kita main redah bagi persamaan-persamaan yang macam ni.)

 

Satu lagi contoh:

“Kata-kata kamu ini menunjukkan kamu ni BODOH. Ini bermakna kamu tidak cukup belajar, membaca dan menuntut ilmu. Padahal suruhan membaca dan menuntut ilmu merupakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi S.A.W. Ini bermakna kamu tidak melakukan suruhan Allah ke atas kamu. Ini bermakna kamu tidak menzahirkan iman kamu kepada ayat-ayat Allah. Ini samalah seperti kamu tidak beriman kepada Allah S.W.T.”

 

Faham kah?

Kalau semua orang boleh main taram memberi makna dan persamaan-persamaan sehingga lari tajuk macam ni (tak tutup aurat jadi murtad, salah cakap sama dengan tak beriman), kita akan menghasilkan sebuah masyarakat yang menggunakan tema dan nada agama (mempergunakan agama dan dalil-dalilnya) tetapi diaplikasi di tempat yang salah dengan tujuan yang batil.

Inilah yang dikatakan religious delusion + religious snobbery!  Kesombongan dalam beragama! Merasakan diri lebih berilmu dan beramal daripada orang lain sehingga langsung tak boleh disentuh dan digugat kepercayaan mereka; langsung tiada ruang untuk berhujah kerana apabila kita tidak setuju dengan mereka, kita akan dikatakan menentang agama! Mungkin memang mereka lebih berilmu dan beramal, tapi riya’, ujub dan sombong pun sejenis syirik kan?

So think about it!

Menjelekkan, tahu tak???

Tolong jangan buat perangai macam pesakit mental kalau kamu masih mahu dianggap normal!

***

Belum lagi sentuh tentang suami yang menggunakan tema agama untuk mendera isteri.

Memberi dalil-dalil yang tidak kena konteks untuk ‘menghalalkan’ penganiayaan yang berlaku.

Bila aku jumpa pesakit yang teraniaya macam ni, aku rasa sangat marah dengan suami mereka.

Bayangkanlah bagaimana rakan-rakan matsalleh di Australia boleh cakap Islam membenarkan penganiayaan terhadap wanita. Kerana ada suami-suami yang berkepiah dan berjubah telah mendera isteri sambil mulutnya lancar mengeluarkan dalil-dalil yang langsung tidak tepat untuk menghalalkan tindakannya!

Sungguh melampau!

Tidak dinafikan ‘child and woman abuse’ juga terjadi di kalangan non-Muslims….tetapi mereka tidak pernah mengatakan “Ayat sekian-sekian di dalam bible saya menyatakan bahawa saya dibenarkan memukul isteri sehingga koma.” Tak pernah dengar mereka mempertahankan kezaliman mereka dengan ayat Bible.  Jadi agama mereka selamat daripada dikaitkan dengan domestic violence.

Tetapi orang-orang Arab/Bangaldeshi/Indian SELALU mempergunakan dalil agama untuk mendera isteri mereka. “You have to obey me! It’s God’s law. I beat you because you don’t obey me.” Maka tidak hairanlah jika agama kita diberi publisiti yang begitu buruk di barat apabila berbicara tentang domestic violence.

Sehingga jika kamu Google Muslim Women…terlalu banyak sites yang menulis tentang ‘Islam and Domestic Violence’ atau  ‘Islam and Wife-beating’.

Jika ia berlaku di Malaysia, sekurang-kuranganya ramai orang yang tahu bahawa ini adalah suami yang bodoh dan gila! Kejahatan mereka tidak ada kaitan dengan ajaran Islam.

Namun apabila ia berlaku di Australia, matsalleh akan menganggap inilah Islam!

***

Atas sebab-sebab di atas, maka aku memang tersangat pantang dengan orang yang mempunyai kesombongan dalam beragama. Terutamanya apabila mereka budget pandai kerana mampu memberi dalil tetapi diletakkan di tempat yang salah! Bodoh tu dah satu hal, sombong pula lagi. Lepas tu rasa diri alim sangat! Haihh…memang aku allergic!

Kebanyakan orang-orang baik yang aku jumpa tidak pernah berbicara seolah-olah amalnya dan sikapnya (atau puaknya atau partinya) lebih baik daripada orang lain. Mereka merendah diri. Mereka tahu bahawa ‘kealiman’ dan ‘kebaikan’ tidak perlu ditunjuk-tunjuk…ia terserlah sendiri tanpa perlu untuk kamu melaungkannya atau mempamerkannya dengan kata-kata yang penuh pura-pura.

Orang yang suka budget alim ni, mereka tidak dapat menarik orang untuk lebih mengamalkan agama. Kerana orang meluat dengan ajakan mereka. Mana mungkin kamu mampu menarik orang awam di arena dakwah jika kamu meletakkan diri kamu di atas ‘takhta kealiman’ sambil kamu bersyarah memandang rendah terhadap orang awam di tanah.  Tiada langsung usaha kamu untuk bergaul dan memahami mereka…hanya kamu rasa kamulah yang lebih hebat dalam beramal.

Kebanyakan orang awam lebih tertarik dengan golongan yang berakhlak mulia walaupun mereka tidak mengeluarkan walaupun sepatah kata-kata berunsur dakwah. Cukup hanya dengan pergaulan seharian, berbincang tentang perkara-perkara dunia saja, mereka menyebabkan orang awam tertarik untuk mengenali mereka.  Mereka tidak meletakkan diri mereka di atas takhta sambil berucap berdegar-degar.

Mereka hanya bercampur dengan orang awam dalam kehidupan seharian dan membiarkan akhlak mereka saja yang berbicara.

9 thoughts on “Religious Delusion & Religious Snobbery

    1. Waalaiumussalam wbt.
      Thank you Mahaguru 58! Hehhehe!

      Saya memang rasa kena konsgi kisah ni sebab tengok kesombongan beragama begitu kronik di kalangan rakan-rakan sendiri.

      Mahu saja saya cakap “letak diri awak bercakap sebelah dengan pesakit mental saya, belum tentu boleh beza siapa yang lebih waras.”

      Paling obvious: membuat rangkaian persamaan sampai dah lari tajuk.

      Kezaliman yang paling dahsyat adalah kezaliman si pemutar alam lagi lidah bercabang yang menghukum dengan sandiwara agama walaupun inti katanya penuh dusta.

      Liked by 1 person

  1. nice writing doc! doktor…saya rasa saya penah jumpa doktor masa buat attachment kat HSB..saya student medic dari mesir..buat attachment masa akhir bulan9 smpai tgh bulan10 kat department emergency HSB..sori kalau salah orang,hehe..

    Like

    1. Hmmm…saya memang kat HSB emergency dept waktu tu.
      Saya pun ingat-ingat lupa….banyak sangat students, termasuk students Aimst.
      Tapi awak macam familiar jugalah. Awak ada duduk kat green zone dengan saya kot….
      Selalunya kalau saya nak teaching pun….kat green zone jer yg sempat pun.

      Lepas ni, mai la buat attachment kat Psychiatry. Menarik tau!

      Like

      1. haha..betul lah..saya je satu-satunya student melayu lone ranger yg dok buat attachment tu akak..hehe..aah,penah dok green ngn doktor,tlg set line x slp,kat red zone penah tgk doktor pasal CVP tu..sy penah tnya doktor grad mana,tp doktor ckp grad UK….M…hehe..jadi UKM lak..dkt sebulan gak dok kat emergency tu..doktor…kirim salam kat doktor iqbal dgn doktor aqashah tau!

        Like

        1. Eh awak ni…bila masa pula saya cakap grad UKM….tak hengat pun.
          X apalah ya…all the best in your studies.
          Doktor Aqashah dgn Doktor Iqbal dah lama akak tak jumpa. Rasanya tak terkirimlah salaam tersebut. Huhu.

          Like

  2. Pingback: My Personal Jihad – My Life Poetries That May Not Rhyme

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s