Isu Kamu!

This post is going to be in Bahasa Melayu because it is very important. Fair, right? Everybody in Malaysia can understand Malay (or they should be able to; this is after all, Malaysia, where the Malay language is the official language). Whereas not every Malay, Indian, Chinese, Sabahan, Sarawakian etc  etc has a good command in English.

This is important! Especially to every Malaysian women!

This post is for you.

To a lesser extent, this post is also for Malaysian men. Don’t be offended. This post is meant for the benefit of your wives, your sisters, your daughters, your nieces. For their sake, please think of what I have written carefully.

***

Sewaktu saya berada di University of Newcastle, saya pernah memegang jawatan sebagaibendahari  UNIS (University of Newcastle Islamic Society) selama setahun. Dan di sana, UNIS pernah menganjurkan Minggu Kesedaran Islam (Islamic Awareness Week) di mana kami mendirikan sebuah khemah lengkap dengan risalah-risalah dan Terjemahan Al-Quran versi bahasa Inggeris yang kami berikan secara percuma kepada sesiapa sahaja pelajar-pelajar universiti yang berminat terhadap Islam.

Kami juga menyediakan jadual bagi memastikan khemah tersebut sentiasa dijaga oleh ahli-ahli UNIS bagi membolehkan kami memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh matsalleh-matsalleh di sana.

Pada hari giliran saya menjaga khemah tersebut, seorang wanita Australia menyapa saya di sana dan bertanya mengenai hak-hak wanita di dalam Islam (salah satu soalan yang kami sememangnya telah bersedia menjawabnya). Dengan lancar dan teratur, mulut saya mengeluarkan pelbagai hujah mengapa ‘the value of women in Islam is not half of that of men.’ Skripnya telah siap terhafal di dalam otak saya; tidak perlu saya tergagap-gagap mencari jawab.  Memang kami sudah agak; soalan ini bakal menjadi soalan terhangat di kalangan non-Muslims.

Diterjemahkan ke bahasa Melayu, saya menjawab : “Memang benar dalam hukum pembahagian harta kelihatan seolah-olah lelaki mendapat bahagian dua kali ganda lebih banyak daripada wanita. Namun begitu, ini diseimbangkan dengan tanggungjawab anak lelaki yang begitu banyak berbanding wanita. Dia bertanggungjawab untuk menjaga ibu-bapanya kelak apabila mereka tua dan uzur. Inilah sebabnya kami tidak mempunyai begitu banyak rumah orang tua-tua di Negara Orang Islam. Tidak seperti di Australia di mana rumah orang tua-tua boleh didapati di setiap bandar dalam negara. Anak lelaki juga bertanggungjawab terhadap adik perempuannya dan kakaknya. Sekiranya adik perempuannya kehilangan suami, anak lelaki bertanggungjawab membela dan menjaga adik perempuannya dan anak-anak saudaranya serta menanggung perbelanjaan mereka.  Belum lagi ditambah dengan perbelanjaan yang perlu ditanggung bagi menampung isteri dan anak-anaknya sendiri. Ini tanggungjawab mereka sebagai lelaki Muslim. Sedangkan wanita Muslim tidak perlu membelanjakan apa-apa pun`daripada harta yang diperuntukkan terhadapnya”

Sungguh, saya begitu bangga menyatakan bahawa lelaki Muslim adalah lelaki yang sejati.

Kemudian saya pulang ke Malaysia.

***

Menjadi seorang doktor adalah suatu pekerjaan yang diberikan keistimewaan tertentu.

Kami seolah-olah diberi hak untuk bertanya dan mengorek rahsia orang awam yang mungkin mereka tidak akan ceritakan hatta kepada rakan baik mereka sekalipun. Kami bertanya dan mereka menjawab; dengan harapan doktor dapat membantu.  Di samping merawat masalah kesihatan mereka, kami tidak dapat lari daripada mengetahui tentang masalah sosioekonomi mereka.

Penggiat filem dan drama pastinya dapat memperolehi lambakan idea dan inspirasi  untuk menghasilkan karya terkini bermutu tinggi sekiranya mereka membuat kajian mereka di hospital.

Di hospital kita boleh mendengar cerita seperti:

1)Seorang ibu yang ditinggalkan di hospital walaupun dia sepatutnya sudah dibenarkan pulang.

“Tak ada siapa nak jaga, doktor.”

“Anak makcik tak ada ke?” Tanya doktor.

Makcik tak terkata apa. Hanya mata berkaca menghambat sayu di jiwa.

 

2)Seorang ibu yang masih disayangi dan dijaga – tapi hanya oleh anak perempuannya yang telah diceraikan suami. Anak lelaki? Entah lesap pi mana.

“Kadang-kadang saya pun stress doktor. Saya ibu tunggal. Saya kena pergi kerja, doctor. Bekas suami tak bagi pun nafkah anak-anak. Abang sulung ada; tapi dia bukan peduli pun pasal mak. Semua saya nak buat sorang. Adik lelaki ada; tapi sekarang kena tahan dengan AADK kat pusat serenti.”

Oh…God!

 

3)Seorang isteri yang setia menjaga pesakit (yang merupakan suaminya) telah diherdik kerana tak cukup layanan, gamaknya. Atau seorang isteri yang dipukul dan lebam-lebam datang ke jabatan kecemasan kerana cedera didera suami.

“Afiza, saya selalu perasan lelaki Melayu selalu marah-marah isteri depa. Selalu kena buli. Awat ek? Memang perempuan Melayu macam tu ek?” Seorang houseman berbangsa Cina pernah bertanya pada saya.

“Macam tu? Maksud you, macam mana?” Saya memang tak faham apa yang dia cuba maksudkan.

“Macam makcik tu arr. Macam senang kena buli. Rela kena maki. Tengah berjasa pun, kena dengan laki.”

“Eh taklah. Mana ada perempuan Melayu selalu kena buli dengan laki. Mak aku ok ja. Aku ni Melayu gak; Hang rasa ada ke orang berani buli aku. Boleh ke?”  Itu jawapan saya.

Tapi dalam hati berkerut kesal; awatlah pakcik ni bebal sangat!

 

4)Wanita yang dicabul atau dirogol – oleh muhrimnya atau yang bukan muhrimnya. Sampai mengandung.

Sangat pening, okay!

Apa ni?

 

5) Isteri yang kematian suami akibat nahas jalan raya– tiada tempat bergantung lagi. Tak pernah bekerja sebelum ini dan tidak tahu bagaimana mahu meneruskan hidup tanpa suami.

“Dulu, arwah suami  suruh berhenti kerja. Sekarang ni, tak tahu nak buat macam mana. Duit tak cukup; simpanan pun dah nak habis.”

“Abang akak kan ada. Mesti dia boleh bantu.” Doktor memberikan cadangan.

“Abang akak pun tak cukup nak bela anak bini dia. Bini dia pun tak ngam dengan akak. Macam mana nak tolong akak?”

“Adik lelaki?”

“Kat pusat serenti”

“Okay. Erm…Bapa saudara belah ayah atau belah mak? Anak saudara lelaki? Erm…cousin lelaki yang baik hati ke?” Doktor pun dah macam ‘desperate’ dalam memberikan buah fikiran. Run out of option! Semua tak boleh harap; semua tak boleh jalan.

“Erm..tak apalah. Akak jangan risau. Kalau tak ada siapa boleh bantu, kita boleh rujuk kepada pekerja sosial untuk bantuan kebajikan.”

Apa ni?

Di mana tanggungjawab seorang lelaki di dalam sebuah keluarga? Yang kau dapat pembahagian harta dua kali ganda tu, kau ingat saja-saja ke?

Yang kau diberikan keistimewaan supaya segala kehendak kau dituruti oleh isteri tu, kau ingat dapat free? Dan kau tidak perlu memberikan apa-apa kembali sebagai balasan terhadap taat setia seorang isteri? Kau boleh dok saja lengang kaki, order itu dan ini, macam kau ni raja dan isteri tu abdi. Sambil lenggang kaki tu, kau quote pula  hadis bahawa “sekiranya aku boleh menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.”

Amboih! Habis tu, hadis yang kata “Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik terhadap isteri” kau lupa pula?

Saya memanglah hangat hati bila jumpa kes-kes macam ni. Ringan saja mulut ni nak mencurahkan leteran tapi bimbang tidak mampu mengawal emosi.

***

Seorang doktor di jabatan psikiatri lebih-lebih lagi didedahkan dengan masalah sosioekonomi pesakit. That’s our bread and butter.

Masalah rumah tangga tu macam makanan harian saja. Setiap hari pun kena dengar. Setiap hari pun rasa macam.. “Ya Allah, manusia macam ni pun ada.”

Setiap petang Rabu, lambakan kes-kes tangkapan dadah akan dihadapkan kepada kami untuk disahkan ketagihan mereka. Hampir kesemuanya lelaki.  Malah, setakat saya bekerja di jabatan ini, semua kes yang memerlukan saya mengesahkan ketagihan adalah dikalangan lelaki. Kesemuanya sekali!

“Awak anak lelaki sorang dalam keluarga. Anak sulung pula tu. Tanggungjawab awak terhadap keluarga besar. Awak rasa, tanggungjawab siapa untuk membela keluarga? Awak tak segan ke dengan kakak awak? Adik perempuan awak? Tak jatuh ke air muka kita sebagai lelaki dalam keluarga? Adakah menjadi lelaki ini tak ada apa-apa makna untuk awak?”

Mahu saja saya menambah: Awak tak payah jadi lelaki lah.

“Saya memang nak berhenti, doktor. Minggu lepas, saya dah berazam nak berhenti. Doktor tolonglah bagi saya lepas.”

“Tapi ni dah kali ketiga. Waktu kena tangkap first and second time pun, awak berazam juga. Awak berjanji bagai. Kenapa saya kena percaya janji awak yang ketiga ni? Ada apa-apa yang istimewa ke dengan janji yang ketiga?” (okay, kadang-kadang saya agak sarkastik. Saya mengaku). “Samada awak lepas atau tak, bukan atas saya. Awak kena cakap kat court nanti. Saya tak boleh tolong.”

***

Tak guna bersembang bagai nak rak sekiranya kita tidak mempunyai solusi untuk menyelesaikan dilema masyarakat kita.

Buat ibu-ibu di Malaysia:

Ingatlah. Membentuk anak lelaki menjadi lelaki yang bertanggungjawab adalah agenda utama keluarga.

Tetapi masyarakat kita mempraktikkan sebaliknya.

Anak lelaki dibiarkan bebas tanpa tanggungjawab. Boleh keluar masuk rumah sesuka hati. Balik lewat malam pun setakat dileteri sahaja. Tiada usaha tegas untuk membentuk jati diri mereka. Tidak seperti anak perempuan, anak lelaki langsung tidak diberi apa-apa tugas di dalam rumah. Tapi markah peperiksaan sikit punya lemah. Sebab di luar, ketagih dengan dadah.

Anak perempuan pula dikongkong ketat. Mesti duduk rumah. Nanti jadi apa-apa, kang susah. Dok kat rumah, tolong mak masak, basuh baju, sapu sampah, basuh pinggan. Jangan lupa bila abang kamu balik, panaskan makanan untuk abang. Anak lelaki mesti ditatang-tatang. Baguslah kamu dapat nombor satu dalam peperiksaan, nanti bila dah berjaya boleh tolong mak dan bela abang.

Come on lah! Mindset yang menyatakan membela seorang anak perempuan lebih susah daripada membela sekandang lembu adalah mindset lapuk yang ketinggalan zaman! Membela anak perempuan ni hanya susah sebab takut mereka mengandung kalau terlanjur. Tu jer kot!  Tapi tak ada siapa kisah bila anak lelaki merosakkan anak dara orang sebab mereka secara biologinya tidak boleh mengandung! Itu saja perbezaannya membela anak lelaki atau anak perempuan. Dari segi jasa kepada ibu bapa, kedua-dua jantina boleh berjasa jika mereka mahu. Dari segi berbakti kepada ibu bapa, anak perempuan lebih ke hadapan membantu kerja-kerja rumah. Dari segi berjaya dalam pelajaran, itu sudah tidak perlu dibincangkan. Sudah nyata lagi tersuluh!

Jadi janganlah ada standard yang berbeza dalam menguatkuasakan undang-undang di dalam rumah. Jika anak perempuan tidak boleh pulang ke rumah lewat daripada maghrib, maka anak lelaki juga begitu. Jika anak perempuan diberi tugas membantu di dapur dan di dalam rumah, maka berikan tugas kepada anak lelaki untuk membantu di luar rumah.

Biarkan anak lelaki diberikan tugas membuang sampah di luar rumah, menjirus bunga di halaman rumah. Ini lebih sesuai kerana anak lelaki tak perlu menukar baju dan memakai tudung ketika keluar. Biarkan mereka menjadi penyambut tetamu di pagar rumah sementara memberikan masa bagi ibu dan anak-anak perempuan menukar baju dan memakai tudung untuk bersedia menyambut  tetamu yang datang. Ini lebih afdhal.

Berikan tugas-tugas yang berat dan kotor kepada anak lelaki. Cuci bilik air, that’s their job! Mengalihkan perabot-perabot yang berat, menukar tong gas, kerja mereka juga! Menggapai tempat-tempat yang tingggi (seperti menyapu sawang), that’s their job!

Tolong jangan mendidik anak-anak lelaki supaya boleh sesuka hati mengarah anak-anak perempuan kamu. Jangan suruh kakak iron baju abang. Jangan suruh adik perempuan kemaskan bilik tidur abang. Biarkan mereka bertanggungjawab menjaga baju dan bilik sendiri.  Tidakkah kamu risau anak perempuan kamu berkecil hati? Ini kan common sense!

“Tapi doktor, bukan saya sengaja nak buat macam tu. Si abang ni, saya suruh 50 kali pun belum tentu dia buat. Saya suruh anak perempuan, kerja siap waktu tu juga. So saya pun senang hati.”

Itu bukan alasannya. Kalau dia tak iron baju dia, biar dia pakai pakai baju berkedut pi sekolah. Lama-lama dia retilah buat sendiri. Kalau dia tak kemas bilik dia, biar tikus bersarang sekalipun, dia akan kemas sendiri bila dia tak tahan. Tapi, jangan diajar memanjakan. Sebagai ibu, pandai-pandailah awak guna kuasa mengajar anak lelaki. Takkan tak reti?

Tolong jangan buat perangai double standard dalam memberi keistimewaan terhadap anak-anak. “Okay, biar orang laki makan dulu. Biar mereka makan di ruang tamu yang ada air-cond. Orang perempuan makan kemudian kat dapur yang berkuap dan panas….lepas lelaki dah perabih hampir 70% makanan yang ada, baru kita makan, ya? “

Hiys, aku memang pelik lah kalau ada budaya macam ni lagi. Mungkin di kampung kot, bila ada kenduri-kendara, masih apply lagi budaya ni! Zaman sekarang, dah tak boleh applikasi konsep macam ni.

Sebagai tambahan, sentiasalah drill di telinga anak lelaki. “Kalau mak dah tak ada, kamu kena jaga adik-adik perempuan dan kakak kamu. Itu tanggungjawab kamu sebagai lelaki. Mak tak redha kalau kamu lepas tangan. Mak tak redha. Ingat tu! Buat sajalah dengan apa saja cara yang halal, tapi jangan sekali-kali kamu mengabaikan tugas kamu. Mak tak tinggalkan harta yang lebih kepada kamu untuk kamu menjadi lelaki dayus. Ingat tu!”

 

***

Buat isteri-isteri:

Kita taat kepada suami kerana Allah. Bukan taklid buta, ya! Isteri ada hak ke atas suami sebagaimana suami berhak ke atas isteri. Itu hukum! Fakta!

Di zaman sekarang, adalah sangat tidak selamat untuk seorang isteri berhenti kerja. Ini juga fakta. Ini juga statistik. Saya tidak bercakap kosong.

Jika berlaku perceraian, isteri terkontang-kanting tiada arah tujuan. Dapat suami yang baik, nafkah anak-anak mungkin diberikan. Tapi belanja diri sendiri bagaimana? Siapa yang mahu ambil seorang wanita tua yang sudah lama tidak bekerja untuk kembali bekerja di syarikat mereka? Lebih baik mereka ambil orang muda yang kurang berpengalaman daripada mengambil wanita tua (yang juga kurang berpengalaman!) That’s basic decision making!

Jika si isteri yang diceraikan mempunyai abang-abang yang bertanggungjawab untuk menyara dirinya, Alhamdulillah. Tapi jika si abang sendiri kais pagi, makan pagi…macam mana? Atau lebih teruk lagi, si abang di pusat serenti, bagaimana?! Pada masa yang sama, bapa saudara pun buat tak tahu…tiada siapa yang mahu ambil tanggungjawab terhadap perempuan lagi! Mereka tidak merasakan mengambil tanggungjawab terhadap perempuan sebagai sesuatu yang ‘honourable’ tetapi lebih kepada ‘trouble’.

Kedudukan perempuan yang tidak bekerja sangat tidak selamat di zaman ini! Saya bukan seorang yang feminist. Jauh lagi pesimis! Saya bercakap mengikut fakta zaman ini. Kerana begitu ramai sekali kes-kes sebegini yang kita lihat. Kita perlu praktikal.

“ Saya tak apa, doktor. Suami saya baik, alim, ustaz lagi! Dia takkan sia-siakan saya, insya Allah. “

Doktor boleh senyum. “Ahamdulillah. Saya gembira puan mendapat suami yang baik macam dia. Tapi kan puan, nauzubillah, bagaimana kalau berlaku sakit atau kematian?”

 

Wahai suami-suami yang memaksa isteri berhenti kerja, Sungguh pun kamu yakin kamu tidak akan menceraikan mereka dan akan sentiasa menjaga mereka sehingga ke akhir hayat, bagaimana jika hayat kamu itu pendek? Yakinkah kamu bahawa abang-abang kepada isteri kamu akan menjaga anak-anak kamu …mampukah mereka membelanjakan hasil titik peluh mereka menyara anak-anak yang kamu tinggalkan di dunia ini jika isteri kamu tidak bekerja? Atau yakinkah kamu bahawa adik-beradik kamu sendiri akan menjaga anak isteri yang kamu tinggalkan dan menyara mereka sebaik-baiknya?

Jika kamu tidak yakin, izinkanlah isteri kamu bekerja.

Pendek kata, jika kamu bukan anak orang kaya dan isteri kamu juga bukan anak orang senang, tolong jangan memaksa dia berhenti kerja dengan menyatakan “Kalau you sayang abang, you akan dengar cakap abang dan berhenti kerja.”

Sebaliknya isteri patut membalas, “Jika abang sayang saya dan anak-anak kita, dan jika abang benar-benar mengambil berat masa depan mereka, abang akan izinkan saya bekerja.”

Masih lagi mahu berhenti kerja? Suka hatilah.

“Tak apa, doctor. Walaupun saya ada degree law/ accountancy/ engineering/ biotechnology, kalau suami saya sakit, saya boleh kerja balik. Jadi cleaner pun tak per. Berniaga kecil-kecil pun, insya Allah.”

Okaylah.  I rest my case.

***

Buat kakak-kakak ipar, biras dan sebagainya.

Tolong sokong suami kamu jika dia mahu mengambil tanggungjawab menjaga adik perempuan atau kakaknya yang memerlukan bantuannya. Come on! Jangan tikam belakang kaum sendiri! We are all women!

Jika kamu sendiri mempunyai masalah, sudah tentu kamu mengharapkan ihsan ipar-duai juga, kan? Sekurang-kurangnya, untuk menolong kamu sementara kamu mencari tapak untuk berdikari semula.

Jangan dengki, jangan jealous. Kesianlah kepada kaum sendiri.

Lebih baik suami kamu menghabiskan wang melakukan tanggungjawabnya menolong adik-beradiknya daripada dia menghabiskan wangnya menikah kali kedua dengan alasan “Abang nak tolong janda tu. Kesian dia. Sebab tu abang kahwin dengan dia.”

Hahah!  Faham maksud saya?

Buat baik dibalas baik kan? Mungkin jika kamu bermurah hati menyokong suami kamu membantu kakaknya, maka kamu tak jadi dimadukan sebab suami tak cukup duit. Tak ke bagus tu? Pahala lagi…

Fikir-fikirkan ya.

 

***

Saya minta maaf jika luahan kali ini membangkitkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak. Samada kaum lelaki mahupun kaum wanita.

Tapi ini realiti.

Bukan ingin memperlekehkan lelaki zaman ini. Memang ramai lagi yang bagus!

Jangan anggap ini isu feminism. Tolong jangan mengambil pendirian sebegini sempit!

Ini isu isteri kamu. Isu anak perempuan kamu. Isu kakak dan adik perempuan kamu.

Sebenarnya, ini isu kamu.

Kerana sebagai lelaki, isu isteri kamu, anak perempuan kamu, kakak dan adik perempuan kamu…adalah isu kamu.

10 thoughts on “Isu Kamu!

  1. adila_alim

    Assalammualaikum sis, thumb up for this great article, saya bekerja di bahagian ibu tunggal sangat-sangat memahami apa yang sis rasa. Dalam lapangan kerja saya, saya berpendapat bahawa lelaki sekarang sangat kurang rasa tanggungjawab, kurang bijak berperanan dan merancang atau kurang pengetahuan betapa peri pentingnya jawatan bernama LELAKI. Fokus tanggungjawab lelaki sangat kurang dibicangkan dan diambil remeh, dan kebanyakan topik lebih tertumpu kepada perempuan Jika ada pun, kita hanya dihadapkan dengan tanggungjawab suami terhadap isteri, sedangkan yang bernama lelaki itu ada tanggungjawabnya sebagai anak, adik, abang, pakcik etc itupun perlu diberi tekanan . Sepatutnya memperkasakan lelaki adalah agenda pertama. Terbentuk lelaki, terbentuklah perempuan. Tolong orang lelaki untuk tolong orang perempuan.
    Bila dikaji diselidik, masalah ini bagai satu rantaian masalah yang berpanjangan yang sukar untuk dipecahkan macam sis dah tak tahu nak bagi option apa dekat ibu tunggal. Sedangkan jika menurut Islam masalah dah lama selesai jika lelaki turut main peranan.

    Like

    1. Waalaikumussalam.

      Thank you for reading, sis.
      Rasa lega bila tahu ada orang yang rasa benda yang sama saya rasa. Kadang-kadang rasa tak berdaya nak membantu wanita-wanita teraniaya. Rasa marah sebab tugas kita adalah membantu; tapi tak boleh nak bantu. At last, saya hanya fokus kepada mengubati masalah kesihatan; bukan masalah yang benar-benar memerlukan penyelesaian.

      Wanita sendiri kena bantu diri sendiri. Kita mulakan dengan membesarkan anak-anak lelaki yang berkualiti dan anak-anak perempuan yang boleh berdikari.

      Like

  2. As salam .. ringkas nye .. kembali kepada Allah. Masalahnya kita nak cuba selesaikan masalah dengabn memberi senario yang difikir oleh manusia sendiri. Kembali beriman kepada Allah, ikut resepi yang digariskan di dalam Quran. Bila kita ikut jalan Allah, Allah sendiri akan jaga kita. Aallah akan selesaikan apa sahaja masalah yang kita hadapi, kerana Allah boleh buat apa sahaja, .. tidak ada yang mustahil bagi Allah .. termasuk yang tak masuk akal pada manusia. Al quran menyatakan: 4-3: Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap anak yatim (dengan mengahwini anak yatim perempuan), maka kahwinlah perempuan-perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat (lebih ringan jika dibandingkan dengan menjaga hak anak yatim yang dinikahi). Tetapi jika kamu takut tidak berupaya berlaku adil, maka (cukuplah mengahwini) satu orang sahaja, atau hamba yang kamu miliki, (kerana) yang demikian lebih hampir kepada tidak berbuat aniaya. Tapi kita tak mau percaya kan .. kita baca kot belakang, kita baca kot reverse .. yang ni je kita baca terbalik, yang lain tak. Seolah kita buat anggapan sendiri,.. tak yakin dengan Allah. .. Ini Al Quran, bukan buku nota .. ini mu’jizat dari Allah… Bukan payah kaya raya .. konsep adil pun orang tak faham. Kembalilah kepada Allah .. yang Maha segala-galanya .. pasti Allah tidak menzalimi hambanya .. Katakanlah, Allah tanya kepada anda .. kenapa tak bagi suami anda (yang baik dan adil dan mampu) kawin lagi, pada hal ramai wanita yang tak bersuami (andartu, ibu tunggal, bercerai, suami mati) .. salah satu tanda akhir zaman .. lebih ramai wanita .. anda nak jawab apa kat Allah .. (anda boleh kelentong macam-macam dengan manusia .. tapi Allah tahu isi hati anda dan sebab sebenarnya) malah hingga sanggup cerai daripada di madu .. buat benda yang Allah paling benci dan memisahkan anak daripada bapa nya .. pastu nak Allah bantu kita pulak .. hmmmm .. Menyatakan sorang wanita tak berkerja itu tak selamat maknanya kita tak yakin dengan Allah .. rezeki kita pun Allah yang bagi, kebahgiaan rumah tangga pun Allah yang bagi, semua nya dari Allah .. kejayaan kita pun allah yang bagi .. Yang kaya Allah boleh jadikan miskin, yang miskin Allah boleh jadikan kaya .. Taka da masalah bagi Allah .. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) .. Wallahu’alaam.

    Like

    1. adnil

      Oh.. wanita kena bertawakkal kepada Allah. minta berkerja dari suami x boleh. Itu tanda x yakin dengan Allah. lelaki x tunaikan tanggungjawab pada wanita2 jagaannya x apa pulak. itu tak fikir pulak, yg rezeki tu dari Allah. x gitu, pak cik? Jangan ego. Jangan gunakan agama untuk merendahkan kaum perempuan. Hipokrit namanya!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s