Sains Sosial Vs Sains Tulen

Dua puluh tujuh tahun Allah telah pinjamkan nikmat hidup di dunia kepada saya.

Lebih daripada suku abad saya telah berada di dunia ini, tanpa saya mengetahui samada masa yang bakal menjelang akankah lebih lama daripada masa yang telah pergi.

Alhamdulillah, hidup saya selama ini begitu mudah. Semua ‘kesusahan’ yang saya alami tidaklah susah. Semua kesenangan yang saya nikmati melimpah ruah – hingga bibir menjadi ringan untuk berkeluh kesah untuk perkara yang adakalanya bukanlah suatu masalah.

Dua puluh tujuh tahun… dan begitu ramai orang yang telah saya jumpai. Dan di antara semua golongan yang telah saya kenali, golongan agamalah yang paling….kompleks…

Golongan agamalah yang paling…berwarna-warni.

Tiada kosa kata yang telah tercipta untuk menggambarkan kepelbagaian cara orang agama.

Adakalanya ‘orang agama’ dan ‘orang beragama’ adalah dua golongan yang berbeza. Mutually exclusive.

Adakalanya ‘orang agama’ dan ‘orang beragama’ adalah dua golongan yang sama. Mutually inclusiveone cannot be one thing without ALSO being the other.

Adakalanya saya sendiri keliru… golongan manakah yang ‘lebih baik’ antara mereka? Adakah saya senang berkawan dengan ‘orang agama’? Atau adakah saya lebih suka untuk bergaul dengan ‘orang beragama’?

Kemudian datang pula ‘orang awam’ yang berbudi pekerti mulia; berakhlak terpuji – lantas saya terfikir mengapakah ‘orang awam’ ini jauh lebih baik daripada dua golongan tadi?

***

Semua yang mengenali saya tahu bahawa cita-cita pertama saya bukanlah bidang perubatan. Cita-cita pertama saya adalah bidang penulisan. If medicine is my marriage, writing is my secret lover.

Seorang penulis perlu mempunyai ‘intuition’ yang tinggi. Mereka perlu tahu menganalisis karakter orang sekeliling. Mereka perlu menjadi pemerhati yang setia  – observant. Setiap lirikan mata diberi makna. Setiap senyuman ada maksudnya. Setiap kesepian ada jawapannya. Sunyi mereka daripada berbicara adalah untuk memberi peluang kepada minda mereka dalam mengkelaskan setiap perkara yang mereka jumpa.

Saya tidaklah sehebat penulis-penulis yang saya kenali. Saya ini begitu amatur.

TERLALU AMATUR.

Namun saya mempunyai kecenderungan yang sama. Saya mempunyai kecenderungan untuk menjadi pemerhati dan menganalisis apa yang saya perhati. Saya mempunyai desakan di luar kawalan untuk cuba mengkelaskan semua orang yang saya temui agar senang saya berurusan dengan mereka nanti. Kekecewaan besarlah untuk saya jika saya terjumpa golongan yang susah untuk diberi pengelasan-pengelasan tertentu. Ini kerana golongan sebegini akan masuk ke dalam kategori ‘tidak difahami’ – dan ini adalah suatu kekecewaan yang besar kerana merekalah golongan yang tidak akan saya mahu dekati.

Sedangkan begitu banyak ilmu yang saya dapati hanya dengan mendampingkan diri dengan orang lain. Bayangkan jika ‘orang tidak difahami’ ini tetap saya masukkan ke dalam hidup saya sama seperti saya mendampingi golongan dalam kategori-ketegori yang lain. Mungkinkah lebih banyak lagi perkara-perkara menarik yang mampu saya kutip daripada mereka – sekurang-kurangnya sebagai inspirasi penulisan.

Tapi masalahnya, golongan tidak difahami ini sering memporak-perandakan pola pemikiran saya. Keliru lagi bercelaru. Maka saya mengambil jalan selamat – keluarlah kamu daripada hidupku.

***

Orang Agama atau Orang Beragama

Ustaz adalah orang agama. Setuju?

Mufti juga adalah orang agama. Setuju?

Bagaimana dengan seorang doktor atau seorang engineer? Bolehkah mereka juga dikatakan orang agama atau pun adakah mereka hanya ‘golongan beragama’.

Jika ustaz dan mufti adalah golongan agama, bolehkah mereka juga turut dikategorikan sebagai orang beragama?

Dan jika kamu diberi pilihan, adakah kamu mahu menjadi orang agama atau orang beragama? Atau pun mungkin pada ketika ini kamu sendiri sudah keliru, adakah perlu untuk difikirkan persoalan-persoalan sebegini? Ini kerana persoalan sebegini memerlukan tahap pemahaman Bahasa Melayu yang bukan rendah.

This is language play, sociology and philosophy… all rolled into one.

For my part, I have thought about it for years. I have categorized and re-categorized these people again and again. And every once in a while comes the ‘orang awam’ throwing more chaos into my cataloging effort. Where does ‘orang awam’ fit between these two entities?

And to further complicate the matter, ‘orang agama’ sendiri mempunyai sub-kategori tertentu. Oh begitu rumit sekali.

Sub-Kategori ‘Orang Agama’

1)     Yang seperti Dr. MAZA

2)      Yang seperti Nik Aziz

3)      Yang seperti Mat Sabu – hmmm

4)      Yang seperti Abby Abadi  – ???

Got the point yet? Faham kah maksud saya?

Konklusi saya hanya satu : Jadilah ‘orang beragama’ dahulu. Kemudian, jadilah apa sahaja yang kamu mahu.

Janganlah kamu menampakkan rupa ‘orang agama’ namun konsep-konsep penting seperti undang-undang Hudud dan keadilan pun kamu tidak pandai cerna. Ini sungguh LUCU.

Dan SEDIH.

Jadilah orang beragama dahulu. Kemudian jadilah ahli politik, jika kamu mahu. Biarkan untuk saya orang agama yang beragama seperti Dr. MAZA. Kerana saya sudah muak  dengan ‘orang agama’ yang berpolitik. Saya juga sudah muak dengan ‘orang agama’ yang tidak pandai meletakkan konsep-konsep agama di tempat yang sepatutnya.

Saya sudah muak dengan ‘orang agama’ yang tidak tahu tahu bilakah perlu menggunakan konsep ‘bersabar’ dan bilakah perlu menggunakan konsep ‘keadilan’ dalam menghadapi sesuatu isu. Isteri yang dianiaya misalnya : bilakah mereka perlu “bersabar; kerana bagimu itu syurga” dan bila pula mereka perlu dinasihatkan untuk menuntut keadilan kepada suami mereka. Menuntut keadilan dan bersabar itu kedua-duanya adalah konsep dalam agama…namun mengapa ada orang agama yang selalu menggunakan konsep yang tidak kena cara dalam situasi yang tidak kena tempat.

-Amar makruf nahi mungkar menggunakan cara mengintip dah satu hal. Betapa banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk menangkap orang berkhalwat di tempat-tempat tertutup. Tetapi,  Amar makruf nahi mungkar yang di depan mata dan di kompleks-kompleks membeli belah kita buat tak tau. Dimanakah ‘bijaknya’ orang agama di situ?

-Menyuruh isteri yang dizalimi untuk “bersabar; kerana bagimu itu syurga” tetapi tidak menyeru suami yang menzalimi supaya “berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada taqwa”. Inilah orang agama yang tidak tahu apa yang lebih penting untuk dititikberatkan. Dibiarkan isteri itu didera dan digula-gulakan dengan syurga – sedangkan SIAPA KITA untuk menjanjikan orang itu atau orang ini bakal masuk syurga sungguh pun ia bersabar disepak terajang lelaki yang tak guna. ‘Orang agama’ sebeginilah yang menyebabkan doktor-doktor di hospital pening kepala…should I refer this case to an ustaz, or will it make things worse for the patient?

– ‘Orang agama’ yang jadi sawan memarahi gadis yang mengandung anak luar nikah – dicemuhnya institusi kebajikan yang melindungi gadis-gadis terlanjur sebegini kerana kononnya institusi ini menggalakkan maksiat. Namun apabila ada pendakwah Kristian yang menolong gadis-gadis terlanjur ini, kita mula melatah kerana melambungnya kes-kes murtad.

Ini salah kita.

Kita membiarkan golongan paling pandai di kalangan kita untuk terlibat di dalam kedoktoran dan kejuruteraan – dua golongan yang tidak begitu berpengaruh dalam kehidupan ‘orang awam’. Doktor hanya berpengaruh di kalangan orang yang sakit sahaja. Luar daripada persekitaran hospital, seorang doktor tidak menggunakan tahap intelek mereka untuk menggubal undang-undang atau polisi.

Manakala golongan yang tidak pandai dalam pelajaran disalurkan ke bidang agama dan bidang sains politik dan sains sosial. Mereka inilah yang akan bekerja di dalam pentadbiran dan menggubal polisi-polisi yang jumud dan tidak masuk akal. Adakalanya, ia adalah polisi yang kedengaran ‘beragama’ tetapi sebenarnya topeng semata-mata.

Situasi ini adalah situasi yang sama sebagaimana doktor-doktor di seluruh negara sedang hadapi saat ini. Golongan clinician yang pandai dan bekerja tidak menang tangan untuk kebaikan pesakit; kerja mereka disusah-susahkan oleh kerja-kerja ‘paperwork’ dan kerja ‘audit’ golongan pentadbiran. Belum lagi bercakap tentang pengeluaran ‘circular’ yang pelik-pelik untuk dijadikan SOP (standard operating procedure). Maka berlakulah situasi di mana orang pandai adalah orang suruhan yang terpaksa mengikut polisi orang ‘kurang pandai’ yang berada di dalam pentadbiran.

Situasi yang sungguh menjelekkan.

***

Solusinya begini:

Hendaklah diwujudkan biasiswa bukan sahaja di dalam bidang perubatan dan kejuruteraan, malah juga diwujudkan biasiswa untuk bidang-bidang yang diperlukan dalam bidang agama, ekonomi dan pentadbiran. Policy makers should have among the best intelligence quotient in themselves,  so that they won’t come up with illogical ideas.

Merekalah yang akan memberi impak kepada kehidupan rakyat biasa. Maka merekalah yang patut paling pandai di antara kita semua.

Sekiranya saya ditawarkan biasiswa di dalam jurusan undang-undang atau pun di dalam jurusan sains politik, sudah pasti jurusan perubatan tidak akan menjadi pilihan saya. Kenal pastilah fakta ini: orang sains sosial sentiasa lebih berpengaruh daripada orang sains tulen; Orang media terutamanya sangat berpengaruh,  hatta artis sekalipun!

Itulah sebabnya orang-orang terhebat di dunia kebanyakannya adalah orang sains sosial. Major mereka di university adalah “history” atau “political science” atau ‘international relation” atau “philosophy” atau “law”.

Sebab itulah di mana-mana sahaja terutamanya di Barat, golongan yang cerdas otaknya disalurkkan kepada bidang sains sosial – tidaklah kesemua mereka digalakkan mengambil bidang sains tulen semata-mata. Kesemua Perdana Menteri kita yang lepas adalah golongan sains sosial; kecuali Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan seorang doktor. Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak kedua-keduanya mempelajari bidang undang-undang manakala Tun Hussein Onn mempunyai pengalaman dalam ‘military science.’ Dan lihatlah betapa hebatnya negara kita sewaku Dr. Mahathir yang bijak terjun ke dalam bidang sains sosial (pentadbiran/politik). Alangkah hebatnya negara kita jika lebih ramai orang-orang yang bijak diletakkan di dalam bidang sains sosial.

Lihatlah bagaimana kebanyakan sultan-sultan akan mempelajari political science, law atau military science. Termasuk juga sultan-sultan dan raja-raja dari negara-negara lain. Jarang benar kita mendengar seorang Sultan mempelajari bidang  perubatan  atau kejuruteraan.

Kenapa? Kerana golongan sains tulen hanyalah ALAT untuk kegunaan golongan sains sosial. Golongan sains sosial adalah golongan pemerintah dan pentadbir yang akan mencorakkan kehidupan orang-orang bawahan. Maka apabila golongan pandai disalurkan kepada sains tulen, maka golongan pandai ini akan menjadi golongan bawahan yang diarah dan di pandu oleh golongan sains sosial. Ini adalah suatu kerugian.

Kenalilah fakta ini. Dan mulai sekarang perbanyakkanlah biasiswa untuk golongan paling cerdas di kalangan anak-anak kita supaya digalakkan mengambil bidang sains sosial juga. Ilmu-ilmu di dalam bidang sains sosial begitu menarik! Bukan seperti sains tulen, sains sosial bukanlah ‘black and white’, malah ada grey areas yang memerlukan kecerdasan akal fikiran untuk mentafsirkannya. Apabila kita membiarkan hanya golongan yang ‘tak pass nak jadi doctor/engineer’ sahaja yang masuk bidang sains sosial, ini akan menghasilkan suasana politik dan pentadbiran yang jumud di mana golongan ini TIDAK MAMPU untuk  memberi penafsiran yang lebih tepat terhadap perkara-perkara yang tidak mempunyai jawapan yang jelas (grey areas). Bacalah artikel daripada ustaz Hasrizal untuk lebih faham tentang keperluan negara untuk menghasilkan golongan sains sosial yang hebat.

http://saifulislam.com/?p=1309

I hope one day I can go back to the uni and study another branch of knowledge altogether. I hope to re-learn history, get acquainted with anthropology and sociology, and meeting up with political science. It would be a very stimulating mental exercise as you debate on socialism, liberalism and why these can be good or bad. I hope to have intellectually interesting lecturer with deliberately outrageous views  who would then play devil’s advocate among his students to stimulate them to apply their critical thinking in some impossible concepts. Oh, how invigorating!

And I keep on dreaming to learn and do what my degree at uni had not given me the time to explore.

***

S : You love the social science that much?

Me: More than I do the hard science, that’s for sure.

S: Then why don’t you specialize in psychiatry?

Me: (terdiam sebentar) Hmm, I might just do that.

20 thoughts on “Sains Sosial Vs Sains Tulen

  1. Salam. Entri tuan bermanfaat! Saya suka bahagian ‘thought to returyn to campus life and learn about sociology and antropology.’
    Kadang-kadang,saya punya fikoran yang sama. Saya selalu fikir, bagaimana cara terbaik menyampaikan ilmu kompleks dalam sains tulen kepada rakan yang tidak belajar spesifik mengenainya. Ada masanya, subjek kompleks ini hanya boleh dilihat melalui bayangan akal
    atau melalui kanta mikroskop berkuasa tinggi sehingga saa terkial-kial mencari faham.
    Hakikatnya, dua-dua budang perlu sama-sama difahami oleh dua-dua golongan. Tetapi, kita sendiri yang suka mengkategori dan dikategorikan. Semuanya lupa, kita dicipta berbeza supaya kita belajar mengenal dan berkongsi.

    Like

  2. Salam, peace be upon you Dr. You reaally should read Syed Naquib al-Attas’s book, Concept of Education in Islam. It is very much aligned to your line of thinking and one that is true to the sacred teachings of Islam. :).

    Like

  3. nurhananie

    salam Dr. saya pelajar matrik… tp saya taktahu minat saya ape,dan sekarang saya terfikir mengenai sc sosial.patutkah saya ambil risiko ni?

    Like

  4. Shahira Lisa Zulkefli

    Assalamualaikum Dr. Saya pelajar aliran Acc. Tapi minat saya lebih cenderung kpd Sains Sosial dan bukannya Acc. Minta pendapat Dr. course apa yg wajar saya ambil? Saya mengimpikan utk menjadi seorang Pensyarah.

    Like

    1. Wasalam.
      Terpulang pada adik. Saya tak berani nak bagi suggestion sebab saya tak tahu minat dan kecenderungan adik. Bidang sains sosial banyak. Yang paling penting, apa yang adik minat?
      Adik boleh cuba jumpa counsellor, maybe you can do a personality test and based on that cuba fikirkan kerjaya apa yang sesuai untuk adik.
      Since adik nak jadi pensyarah, adik jadilah pensyarah subjek yang adik minat. Do you know what subject do you like?

      Like

  5. norhatimah

    salam dr..saya pelajar antropologi dan sosiologi..agak terkedu saya membaca artikel dr mengenai pelajar sains sosial yang dipilh disebabkan tidak pass untuk menjadi doktor/jurutera..namun bagi saya ,semua org mempunyai pendapat masing2..terpulang kepada kita bagaimana untuk menegedalikanya….bidang ini adalah piihan pertama saya dan alhamdullillah saya diterima..semakin saya belajar bidang ini semakin saya memahami keadaan masyarakat kita…khusunya mengenai perbezaan etnik yang kini semakin hangat diperkatakan…jauh dari lubuk hati saya ,asaya berasa amat sedih apabila hal mengenai perbezaan etnik dibangkitkan…padahal kita adalah sama..perbezaan hanya pada cara hidup masing2….janganlah disbbkan perbezaab cara hidup itu dijelmakan kepada perbezaan politk dan sebagainya….satu hal yg sering kita salahgunakan adalah multi-race….sepatutnya kita adalah multi-ethnic bukanya multi-race……..

    Like

  6. zaidDaud

    As salam Dr.saya pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan dari UNIMAS..nk tahu apa prospek kerjaya bidang ini?? Dan kalu saya mahu sambung Master bidang apa yang sesuai dengan kursus saya ini? Harap sudi membantu 🙂
    Sekian terima kasih

    Like

  7. Norazida

    Penulisan ilmiah saudari sgt mudah dan menarik.. Sgt berbakat dlm bidang penulisan.. Saya kagum.. Nnti boleh menulis buku berkaitan sains sosial ni;)

    Like

  8. nasrun

    Assalamualaikum dr. saya tertarik dengan perwatakan doktor. Saya pelajar psycology… ape yang saya faham..dr berminat terhadap psikoanalisis. He3.. tp sekadar perkongsian, saya ad terdengar bahawa jurang untuk pelajar sains sosial dengan agama lebih jauh berbanding dengan pelajar sains tulen mcm dr. Mungkin boleh direnung bersama2 terhadap phenomena ini…sekadar renungan

    Like

  9. Daim Hafizy

    Salam Dr. Penulisan yang sangat baik. Penulisan Dr telah menzahirkan apa yang terbuku dalam kotak fikiran saya. Rasa nak berhubung terus dengan Dr. Saya boleh didapati di daimhafizy23@gmail.com atau akaun sosial lain dgn nama daimhafizy23.

    Like

  10. ahmad zulfikri

    assalamualaikum..ingin bertanya..saya pelajar sarjana kejuruteraan mekanikal..tapi sy ingin bertukar ke sains sosial seperti kursus antropologi dan sosiologi..adakah saya layak?

    Like

    1. Waalaikumussalam.

      Kita boleh saja nak belajar apa yang kita nak belajar. Tapi kena tengok university requirement macam mana juga. Mungkin dia nak kita ada ambil certain subjects dulu baru boleh ambil antropologi and sosiologi. Yang tu kena tengok each univeristy macam mana. Perlu buat research sikit lah.

      All the best!

      Like

  11. Syakirah

    Assalaam Dr,
    Saya masih keliru untuk memilih antara sains sosial dan sains tulen. Sekiranya tidak keberatan, mohon pencerahan/pendapat dr. mengenai ciri2 perwatakan mereka yang sesuai mengambil kedua-duanya. Terima kasih. 😉

    Like

  12. Pingback: My Personal Jihad – My Life Poetries That May Not Rhyme

Leave a comment