Kezaliman yang dahsyat

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

 

Kezaliman yang dahsyat adalah kezaliman si pemutar alam lagi lidah bercabang, lalu dia menghukum dengan sandiwara agama, walaupun inti katanya penuh dusta.

To these sort of person, I declare an open war!

****

Berani kamu memberi makna kepada makna kepada makna!

Imagine this scenario.

Encik A berkata “Mak cik, tak salah ambil kira pelbagai pandangan mazhab. Mereka bukan berbeza pendapat dengan perkara akidah. Hanya perkara2 cabang saja. Soal istinjak atau mandi jenazah tu perkara kecik saja. X payah bergaduh2. Apa yang berpecahnya? Kalau berpecah pun salah siapa? “

 

Mak cik itu membalas, “Kamu ni memang buta agama. Kamu cakap istinjak and mandi jenazah perkara kecik. Istinjak itu ada disebut di dalam Al-Quran. Kamu cakap ini perkara kecik; ini bermakna kamu tidak terima Al-Quran dan mempersendakan Al-Quran. Apabila kamu mempersendakan Al-Quran, ini bermakana kamu menidakkan ayat Al-Quran. Ini bermakna kamu telah murtad!”

 

Ish! Aku rasa orang paling bengap wal bahlul di dunia ini saja (read: terencat akal and developmental disorder tahap IQ tidak lepas number sepuluh)yang boleh salah tafsir ayat-ayat Encik A. Makcik itu yang memberi makna kepada kata-kata Encik A dan berdasarkan makna yang salah dan sangkaan buruk hati perut makcik yang busuk itu, dia memberi makna-makna dan tafsiran-tafsiran seterusnya, sehingga dia mampu membuat connection yang paling ridiculous untuk melihatkan seolah-olah kata-kata Encik A itu bersamaan dengan tidak menerima hukum-hakam Allah di dalam Al-Quran.

 

Banyak orang telah menjadi mangsa perangai-perangai puak ala khawarij ini:

Ambil contoh orang yang tak pakai tudung. Dikatanya. “Jika kamu tidak pakai tudung, ini bermakna kamu tidak menerima hukum Allah. Tidak menerima hukum Allah yang termaktub di dalam Al-Quran samalah seperti kamu tidak percaya kepada Al-Quran. Tidak percaya kepada Al-Quran samalah seperti kamu tidak percaya tentang kerasulan Nabi Muhammad yang telah menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Islam apa kamu ni??”

 

Ramai orang yang suka-suki membuat persamaan dan makna-makna rekaan daripada kata-kata yang langsung tidak berkaitan. Bila kena dekat batang hidung aku, senang saja aku katakan.

“Kata-kata kamu ini menunjukkan kamu ni BODOH. Ini bermakna kamu tidak cukup belajar, membaca dan menuntut ilmu. Padahal suruhan membaca dan menuntut ilmu merupakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi S.A.W. Ini bermakna kamu tidak melakukan suruhan Allah ke atas kamu. Ini bermakna kamu tidak menzahirkan iman kamu kepada ayat-ayat Allah. Ini samalah seperti kamu tidak beriman kepada Allah S.W.T.”

 

Well! You see, a lot of people can play this game! I can too. Don’t fight with me using this method because I am an expert! I learn to question and argue before I even learn how to do small talk! So, be warned!

 

The moral of the story is: Kalau kita nak memangsakan orang dengan memberi maksud kepada kata-katanya sehingga berantai-rantai menjadi sesuatu yang dahsyat, semua orang pun boleh buat! Bukanlah sesusah mana! Bezanya, adalah samada kita ada cukup iman dalam diri kita untuk menjadi hakim yang adil dalam membuat pengadilan dan pertimbangan. Bukan seperti si bahlul yang bercakap bagai diserang sawan.

 

Apabila kamu membuat ‘rantaian makna’ sebegitu: apakah maksud kamu? Apakah niat kamu? Apakah tujuan kamu?

 

Jika kamu hanya berniat menzahirkan kedunguan kamu, kamu telah berjaya beribu-ribu ganda. Atau mungkinkah kamu ini semula jadi berhati busuk seperti bangkai di jalan raya?

 

*****

Kata-Saidina Ali kepada Puak Khawarij: “Kata-kata kamu benar, tetapi tujuan kamu batil.”

Petikan di bawah daripada ceramah Dr. MAZA:

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.

Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:

“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka.

Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

****

Jika aku terkena dengan org macam ini, aku tidak mudah melatah. Ianya lebih kepada rasa marah, kerana wujudnya orang-orang yang sebegini bodoh tahap pemikirannya. Kira nak jatuhkan hukuman semata-mata…tujuannya lebih kepada mahu dirinya nampak beragama; bukan kerana hendak memberikan orang lain petunjuk agama. Bila dia menuduh orang yang bukan-bukan, dia merasakan dirinya lebih hebat dan pandai.

 

Nasib baik setakat ini aku cuma terjumpa orang2 macam ni di alam maya dalam blog saja. Beberapa posts yang lepas (aku harap mereka-mereka yang gila tidak datang lagi ke blog ini) ada komen mereka yang aku tidak delete sebagai contoh akan kebodohan mereka dalam menggunakan akal mereka. Malah, ada kata-kata mereka yang begitu jahat kedengarannya sehingga menyebabkan aku membuat keputusan hanya untuk publish komen setelah aku dah tapis seelok-eloknya.

 

I declared war to rough-mannered people in the world. That includes swearing of any kind as well as disrespectful manners of giving opinion. I don’t tolerate hostility in my blog. It’s my blog, it’s my rule.

 

I have forgiven them, though.

I can’t possibly hold a grudge towards someone who is so wretchedly idiotic, to the point of being pathetic.

 

 

4 thoughts on “Kezaliman yang dahsyat

  1. Pingback: My Personal Jihad – My Life Poetries That May Not Rhyme

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s