Syariah Court and Non-Muslim Lawyers

Pening sungguh.

Seperti yang saya selalu sebut, saya suka baca semua  pendapat sebelum saya membuat apa-apa keputusan.

Kalau 5 tahun dulu, mungkin saya cenderung kepada BN, tetapi sekarang saya tidak cenderung kepada BN lagi. Namun, tidak pula saya cenderung kepada PR. Saya lebih cenderung untuk memilih samada menyokong/tidak menyokong/neutral berdasarkan isu itu sendiri tanpa memikirkan isu ini diusulkan oleh parti yang mana.

We should take one particular issue by its own merit. That, to me, is the tenet of justice.

And maturity.

****

Saya rasa sangat SUSAH untuk membuat ‘judgment’ bila saya berada di dalam kawasan kelabu.

Saya sedar, bila kita masih kecil, semua benda adalah hitam dan putih. Saya tak nampak warna yang lain. Kalau saya betul, saya akan cakap saya betul beriya-iya hingga orang naik muak. Kalau saya salah, tak nak mengaku pulak! Itu adalah satu perangai yang sangat hodoh sekali, dan kepada sesiapa yang pernah terkena, saya meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kuku ibu jari kaki.

Masih ada lagi sisa-sisa (residual dust) perangai seperti itu dalam diri saya ini. Alhamdulillah, keluarga dan kawan-kawan memang bersabar. That’s why I love you guys a lot!

Begitu juga, dalam hal agama. Bagi saya pada waktu itu, semuanya hitam dan putih. Saya tak tahu nak menilai berdasarkan ‘case by case.’ Saya berasa sangat-sangat ‘unsettled’ apabila mendengar tentang kewujudan mazhab (kenapa perlu?) atau kepelbagaian pendapat (mengapa begitu?). Kalau semua seragam kan senang; so semua orang tahu apa yang betul dan apa yang salah.

Sebab saya suka benda yang ‘clear dan transparent’. Sebab saya benci nak mengubah-ngubah prinsip. Saya tak suka reasoning yang kejap begini, kejap begitu, apabila situasi adalah sama. Saya pernah cakap kan, saya ni autistic, tak suka nak ubah2 dan adapt to changes. Tambah-tambah lagi bila perubahan itu akan memberi impak kepada prinsip.

Tapi bila saya semakin besar, saya mula tersedar bahawa perubahan itu adalah sunnahtullah hidup di dunia. You have no choice, you have to adapt. Dan kepelbagaian pendapat akan ada dalam semua bidang. Even in medicine, no matter how clear the hospital guidelines are in the treatment of certain condition, you will always find another consultant scoffing at the said guideline with contempt.

“No, I think this drug is better than what the guideline says! Oh, this guideline is developed by old medical practitioners who only sit at their desk, drinking fine wine and good hotel food, and don’t see patients anymore.”

Cynical! But with a dose of truth.

But that doesn’t mean the guideline is TOTALLY wrong either. This guideline is developed via the principle of evidence-based-medicine (EBM).

But then, trust me, every patient is unique and you should treat them case by case. Guidelines is the mainstream….but it’s still just a guideline.

*****

Let’s look at the case of Penggunaan Nama Allah, which I did a post on HERE.

Saya sungguh pening kerana memikirkan ada dua pendapat yang berbeza; from one extreme to another. Sebagai orang yang memang tidak ada keupayaan untuk membuat pertimbangan sendiri kerana tidak cukup ilmu, saya baca pelbagai pendapat. Saya mengikuti blog-blog orang-orang yang saya tahu selalu memberi pendapat yang bernas dan berkecuali seperti Zulkifli Noordin, Mahaguru58 dan Dr. Asri. But as you can see, orang2 yang betul2 berkecuali dan ikhlas pun masih berbeza pendapat.

Nik Aziz dan Harun Din pun berbeza pendapat walaupun mereka dari parti yang sama.

So, orang macam aku yang memang tengah mencari apa yang patut disokong, menjadi keliru. Sebab? Mereka semua hebat2…ilmunya, research-nya, keberkecualiannya, keikhlasannya (setakat yang manusia boleh nampak). Tapi mereka masih mempunyai pendapat yang berbeza. So, at the end, I still need to come up with my own stand, GUIDED by these differences.

But I struggled because I  (and I am sure everyone else too) want to support the most righteous, the best and the most just of all issues.

****

Di dalam kes peguam Victoria Jayaseele a/p Martin Jayaraj memohon diterima menjadi peguam syarie, sekali lagi saya dihinggap rasa pening.

Saya pertama kali mendapat tahu tentang isu ini daripada blog YB Kulim, Zulkili Nordin di dalam ENTRY INI.

Waktu itu, saya kurang ambil kisah sangat. Cuma saya terfikir:

1)Adakah betul Non-Muslims tidak boleh menjadi peguam mengendalikan kes syariah? Kalau ya, mengapa? Adakah ini peraturan manusia reka? Atau memang Allah dan rasulnya mengharamkan, kerana jika itu sebabnya, saya tidak akan bertanya lagi.

2)Tapi bagaimana dengan negara Islam yang mengamalkan undang-undang Islam, jika tidak sekarang mungkin pada masa depan? Takkan kita nak tunggu semua lawyer masuk Islam, baru diorang boleh jadi lawyer? Tidak ada ruangkah untuk lawyer bukan Islam melakukan tugasnya mengikut sistem Islam?

Apa berbeza sangatkah keadilan secara Islam dan keadilan mahkamah civil? Agama apa pun lawyer tersebut, apabila lawyer itu menjadi peguam di dalam sistem itu, dia akan berhujah berdasarkan sistem itu.

Lantas, apa masalahnya?

****

Selepas membaca entry YB ini (salah seorang blogger yang saya sangat minat), saya berasa agak ‘I wonder’ di situ. Cuma, sebagai medical student yang sangatlah pemalas nak fikir panjang dan saya pun nak exam lagi 2-3 hari lagi, saya rasa saya patut KIV dulu fikir pasal ini.

Namun, setelah membaca entry Dr. Asri DI SINI, yang kebetulan menjawab persoalan-persoalan saya, maka saya terus menulis post ini.

Untuk isu ini, saya cenderung bersetuju dengan Dr. Asri.

Dan saya mengaku, selama ini saya cenderung mengikut pendapat beliau. Saya sendiri sudah jadi confused:

1)Adakah saya memang suka pendapat beliau kerana pendapat beliau memang betul?

(But until the day of judgment, who can tell just yet what’s right and what’s wrong?)

1)Adakah saya suka pendapat beliau sebab pendapat beliau menyokong rasa hati saya? Maka, saya pun suka.

-Saya cuba juga untuk for once ‘tidak agree’ dengan Dr. Asri supaya saya boleh buktikan yang saya menyokong sesuatu pendapat, bukan kerana beliau yang memberikannya. Saya benar-benar cuba di dalam isu ‘penggunaan nama Allah’ (to me, that is the most challenging mental exercise ever; I was very, very neutral to begin with) untuk membuktikan saya menyokong sesuatu bukan sebab orangnya, bukan sebab partinya, hanya berdasarkan isu semata-mata.

Dan saya harap, insya Allah, saya memang telah membuat pendirian yang betul. Tetapi sekali lagi, I found myself liking HIS views than others.

-Saya cuba, tetapi tidak boleh. Setakat ini, benda-benda yang saya selalu ‘I wonder’, Dr. Asri memberi jawapan yang saya puas hati. Namun saya takut kepuasan hati saya ini hanya kerana pendapatnya selalu selari dengan apa yang saya rasa, jadi saya mudah untuk menerimanya. Bukan kerana jawapan itu betul berbanding jawapan pihak seberang sana.

***

This is my personal opinion:

-Islam sangat logik.Benda yang kita terfikir tidak logik, selalunya bukanlah benda itu Islam in the first place.

-Bila kita terfikir something secara logik (tanpa bercanggah dengan apa-apa larangan/suruhan di dalam Islam) selalu akan ada jawapan yang memuaskan hati. When you get the answers, everything just click, and fall into place.

-With Dr. Asri (well, so far laaa) dia memberikan jawapan yang ada dalil-dalil agama dan PADA MASA YANG SAMA, dapat menunjukkan betapa logiknya dalil-dalil itu dalam kehidupan harian.

-Ustaz Hasrizal is another religious personality who has been really successful in making me understand things religiously AND logically.

-Sungguh, aku banyak sangat jumpa orang-orang yang boleh bagi dalil-dalil dengan hebat. Tapi orang-orang ini tidak mampu nak buat connection bagi orang lain nampak how it is logical. Mereka ini menghafal semata-mata, dan memuntahkannya apabila bercakap dalam setting agama (agak-agak ada kaitan sikit, mari kita letak dalil ini di celah-celah ucapan kita, lol) tetapi menyebabkan audience tertanya-tanya….kenapa dia letak dalil ini tiba-tiba?

You know what I mean?

You have to explain!! Elaborate! Macam buat karangan! Ada point statement, ada elaboration.

Kalau orang yang bercakap di depan tidak pandai nak buat connection itu, (bagaimana dalil itu patut difahami dan dalam konteks yang bagaimana) audience akan lost. Tak terasa apa-apa. Langsung tidak berbekas di hati.

So, mungkin di dalam satu-satu isu itu, kedua-duanya ada hujah masing-masing. Entah-entah mungkin pihak yang sebelah sana yang lebih betul, namun saya selalu memilih hujah yang mampu buat saya faham secara logik.That’s why I love Dr. Asri’s style and that’s why I love scientific reasoning too….how everything clicks and interconnected.

That’s why I love Harun Yahya.

They knew how to connect the dots!

****

For this issue, I let everyone have a thought about it for yourself. Tak perlu aku nak bebel panjang (oops I already did) sebab  aku sendiri membuat keputusan hanya selepas membaca kedua-dua link yang aku letak di atas tadi.

The lesson from this post is: There are grey areas everywhere. Nak atau tak nak, kena juga buat keputusan. But I will show you another person in YOU TUBE whose reasoning and whose ability to connect the dots is just awesome!

I leave you with this video regarding ‘differences of opinion in Islam’. This is an eye-opening issue, indeed: Islam and Ego.

3 thoughts on “Syariah Court and Non-Muslim Lawyers

  1. rimau

    hehe
    nak tergolak pun ada pokcik membaca karangan ngko
    patutla senyap ajo yo selama ni walaupun bnyk isu hangat kat luar sana.
    sokong ajela kerajaan yg ada ni skrg pun) duduk atas pagar watpe.tcucuk punggung ade

    rimau

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s