Kaedahnya!

Ada apa dengan KAEDAH?

Jawapannya: A LOT!

****

Aku tak cakap lah aku ni konsisten dengan kaedah dalam setiap perbualan dan tutur kata yang aku lafazkan. Kalau bergurau dengan kawan2 atau bersembang kosong, of course I am not so pedantic as to make sure all my opinions follow a certain guidelines in logical consistencies.

However, when I am trying to make an objective comparison, or when I am trying to IMPLY a certain situation of utmost significance, or when I am trying to ACCUSE someone of anything, I always try very hard to make sure what I said would follow a certain principle guidelines….supaya aku tidak menganiaya orang dengan kata2 yang tidak berasas.

Aku tahu aku dah mention benda ni in the past, but I will say it again. Islam sangat mementingkan kaedah dalam membuat perhitungan dan penghakiman.

Kalau nak tuduh orang berzina ada cara2 nya. Setakat masuk bilik berdua2an belum tentu boleh sabit kesalahan. Paling teruk pun hanya boleh dituduh khalwat sahaja…walaupun pasangan tu ditangkap dalam keadaan berbogel sekali pun! Kerana, THE ACTUAL ACT OF PENETRATION should be seen by 4 witnesses yang tidak fasik before you can actually say that si polan dan si polan berzina.  Pasangan bodoh mana kah yang nak berzina di khalayak ramai! So, walaupun kita yakin habis bahawa penzinaan telah berlaku (dan kalau memang ya pun berlaku), kita TIDAK BOLEH tuduh. Kerana kalau kaedah kita menghukum orang adalah salah (even if it did happen), kita yang berdosa…silap2 kita yang kena sebat kerana menuduh orang berzina.

Sebab tu lah ada mahkamah akhirat…kerana dengan segala limitation yang ada, kita tidak mungkin dapat sabitkan kesemua kesalahan zina yang wujud di dunia ni. Keadilan hakiki tidak wujud di dunia ini. Dan Allah hanya bagi tanggungjawab kepada kita untuk menghukum dengan apa yang zahir sahaja…kerana yang ghaib adalah di bawah pengetahuan Allah sahaja dan Allah akan menghitungnya di akhirat kelak. Jadi, kita jangan nak play God.

****

I am not the best person to talk about religion. I know very little, if at all. Walaubagaimana pun, aku sangat pentingkan kaedah and logical reasoning.

Kalaupun seseorang tak ikut kaedah Islam dalam reasoning dia, aku sangat berminat untuk tahu BAGAIMANA seeorang itu boleh sampai kepada kesimpulan-kesimpulan tertentu.

-Adakah kau dengar cakap2 orang?

-Adakah kau terbaca somewhere?

-Adakah kau memang suka main lepas cakap sahaja?

-Ke kau ada dapat mimpi  atau ilham malam tadi? Ada pencerahan agung tiba-tiba?

Setelah aku dapat tahu KAEDAH seseorang itu mendapat kesimpulan tersebut, aku mula evaluate adakah kaedah  itu valid? Is there any loopholes?

Kalau aku rasa KAEDAH itu valid, maka, aku mula evaluate adakah KAEDAH yang diguna pakai konsisten? Adakah setiap kali orang itu melakukan ‘judgment’, dia akan menggunakan kaedah yang sama?

If not, I lose respect. Dan aku akan senyap sebab aku rasa tak guna nak point out bahawa something is illogical kepada orang yang memang tak guna kaedah logik in the first place. Hanya dengan orang yang pakai kaedah logik sahaja, barulah tidak membuang masa untuk kita point out bahawa ada kesalahan pada kaedah tersebut. Kerana hanya orang macam itu sahaja yang akan faham di manakah kesalahan dia.

****

I personally do not like the political scenario that has been going on in our country for the past few years.

UMNO ka or PAS ka semua pun lebih kurang sahaja. Caci mencaci, tuduh menuduh benda2 yang peribadi dah jadi lumrah.

Cuma aku rasa perlu diingatkan…

-kalau kita nak bergaduh pasal polisi…that is good. Sebab bila kita bercakap tentang polisi, we can weigh in mana yang baik mana yang buruk berdasarkan fakta dan statistik yang objektif. Contohnya, PPSMI yang telah dimansuhkan oleh kerajaan baru2 ini…that’s a good issue for you to think about. Sebabnya, both pros and cons ada statistik masing2, ada fakta dan hujah masing2.

-Tapi bila kita sentuh tentang peribadi seseorang…it’s hard to come up with an objective facts and justification. So, a MATURE politic would not even try to go there. Mungkin lah ada sedikit perli2 dalam ceramah2….tapi bukanlah menjadi isi utama sesuatu ceramah sehingga nilai intellektual hilang sama sekali. Yang tinggal hanya emosi yang tidak berasas with no back up whatsoever. Politik yang matang tidak akan berperangai sebegitu hodoh.

****

Tapi, kalau mulut kita ni memang gatal lah sangat…nak juga cakap pasal peribadi seseorang, the least you can do is BE CONSISTENT with regards to your method of judgment.

(I would advise that you shouldn’t even do this….tapi kalau NAK JUGA, sekurang-kurangnya, gunalah kayu ukuran yang sama untuk menilai individu2 tanpa mengira samada individu tersebut adalah ahli pembangkang atau ahli UMNO)

Contohnya, kalau kita ENGGAN percaya bahawa Anwar Ibrahim meliwat Saiful, kerana belum ada bukti yang kukuh. Maka kita juga hendaklah ENGGAN percaya bahawa Najib/Rosmah telah membunuh Altantuya kerana belum ada bukti yang kukuh (unless kalau kau memang TAHU sebab kau sendiri terlibat – samada terlibat dalam pembunuhan tersebut atau terlibat dalam penyiasatan etc, atau mahkamah telah tentukan mengikut kaedah yang betul).

Kenapa dengan individu A, kita senang mengatakan dia tidak bersalah tapi bila kena individu B, kita senang nak cakap dia memang salah. Konsistenlah…kaedah tu biar logik sikit.

Kerana Islam sendiri mementingkan hujah sewaktu berdebat. Nabi pernah bersabda,

“Kamu mengangkat perbalahanmu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan kepadanya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

See? Islam memandang hujah begitu tinggi. Islam tahu, kadangkala ada orang yang memang dia salah pun, tapi sebab dia pandai berkata2, maka dia akan dapat bahagian yang bukan hak dia. Islam tetap bagi berdasarkan hujah walaupun entah2 dia memang salah….tapi Rasullullah (pbuh) bagi warning. Kalau kau dapat sesuatu walaupun kau salah hanya kerana kau pandai bercakap, maka kau kenalah esok2 di akhirat. Tapi DI SINI, di DUNIA ni, kita cuma menghukum berdasarkan hujah.

Itu nabi! Sedangkan Nabi (S.A.W) boleh ja minta doa, mendapatkan wahyu…siapa yang betul dan siapa yang salah. Namun tidak dilakukan kerana manusia hanya mampu menghukum apa yang zahir. Bukanlah tempat kita untuk menghukum ikut kaedah sedap mulut kita.

In my opinion, hadis tu sudah terang lagi bersuluh, bahawa Islam sangat mementingkan KAEDAH dalam menghukum. Dan adakalanya kaedah itu tidak dapat memberi keadilan sepenuhnya, namun kita percaya NO ONE can escape the highest court in the throne of God.

-Adakah ini bermakna kita berserah saja kepada takdir? Tunggu ja keadilan di akhirat?

No! Maksudnya ialah, kalau kita rasa kita pihak yang benar, hendaklah kita berusaha keras mencari bukti dan hujah agar kita dapat menang di dunia ni. Jangan dok berhujah pakai emosi yang singkat dan tidak logik sebab Islam sendiri pun tak recognize method dodgy mcm tu di dunia ni, regardless of whether or not you are right or you are wrong. Keputusan terakhir, yang paling ADIL, kita akan dapat di akhirat.

So, saya ingin menyeru semua pembaca2 agar jadi orang yang lebih bijak dalam membuat perhitungan politik. Stop supporting anyone based on parties. Buatlah pernilaian berdasarkan hujah. Tengoklah polisi2 yang diketengahkan oleh ahli2 politik….sebab hanya itu sahaja yang kita mampu judge mengikut daya intellektual masing-masing.

Nak judge peribadi orang dan skandal2 orang….aku tak pandai nak PLAY GOD. There is NO consistent and logical method to judge someone’s personality. Susah untuk mendapatkan objektiviti.

****

Apa akan jadi kalau kita tidak ikut kaedah?

Kerana aku pelajar Sains, maka biar aku bagi contoh sains.

Take a look at evolution!

****

Untuk sesuatu fenomena dikategorikan sebagai saintifik, ada beberapa langkah yang perlu dilalui oleh penyelidik.

Salah satu daripada langkah tersebut adalah fenomena tersebut hendaklah ‘characterization-nya’ boleh dilihat dan dikaji secara scientifik, atau boleh diukur secara objektif.  Hendaklah uji kaji itu boleh diulang semula, perlu didokumenkan

But NO ONE has ever seen evolution taking place before their eyes. Evolution failed the very first step of the scientific method!! Evolution can’t be observed, can’t be measured. Tak ada siapa yang boleh buat kajian tentang benda yang diorang tak boleh observe. Furthermore, tak ada intermediate fossils yang boleh membuktikan kita evolve from monkeys.

Namun kerana dunia sains dikuasai oleh golongan materialism yang berkuasa dan suka2 hati tak mengikut kaedah…violating the scientific methods… maka pembelajaran theory of evolution telah dipaksakan kepada ramai pengamal2 sains yang tidak boleh percaya theory ni; not even a bit.

Homosexuality has also been given a scientific spin to it, it’s becoming ridiculous!

These are all people who do not follow methods! Atau pun mereka mengubah2 method…bila nak cakap sinis pasal orang Islam, guna method lain. Bila nak bangga2 pasal culture diorang, guna method lain pula.

Joke!!

Kesimpulan:

Kaedah itu penting! In everyday conversation, it does not matter so much. Kalau ni gossip artis, who cares kan? Kalau sembanga2 kosong, nobody really give a damn. But when it’s an intellectual conversation, when it comes to politic or when what you say is accusatory in flavour (especially tuduhan di bawah hukuman hudud), please be careful. Or else, you would feel stupid when people asked you, how did you know that? Don’t you feel stupid when you have to say, “Aku tahulah….ramai orang duk cakap.” and you leave it at that. Kalaupun kita tidak kisah samada kita nampak bodoh atau tak, sekurang2 nya ingatlah kata2 yang keluar dari mulut kita pun akan diadili dengan penuh saksama di akhirat kelak.

 

10 thoughts on “Kaedahnya!

  1. shep

    omg me too! aku menyampah gila when orang main cakap ja and when aku tanya “mana hang tau?” and they say “semua org pun tau…”

    That does not make it true!

    Like

  2. afizaazmee

    hahaha. I know! That happened to me a lot too! And it’s so frustrating!

    Shep, I miss our konon-intellectual talks kat Thorium! Ngehgehngeh!

    Like

  3. zane

    Apa bezanya tuduhan Anwar meliwat dengan najib dan pembunuhan Altantuya? Senang saja; Anwar dianiaya, banyak bukti menunjukkan beliau dianiaya dan beliau dihadapkan di mahkamah kanggaru; bukan sekali, malah dah banyak kali. Semua orang maklum itu sebab ianya fakta, memang benar berlaku. Tapi najib? Adakah beliau dihadapkan ke mahkamah? Tidak! Kenapa? Kerana najib bapak UMNO, elit yang berada di atas segala undang-undang kanggaro Malaysia. Selagi najib tidak di hadapkan di mahkamah dan dihidang kan segala bukti dan alibi, termasuk memanggil Bala yang hilang dengan anak bini itu, selagi itulah orang akan merasa syak. Najib membunuh? Najib tidak membunuh? Siapapun tidak akan pasti selagi belum dihadapkan di mahkamah yang adil.

    Like

  4. afizaazmee

    salam there,

    Saya faham.

    Mungkin anda yang tak faham post saya ni.

    Saya tak kisah kalau orang nak kutuk Najib atau nak kutuk Anwar kalau hujah yang digunakan untuk mengutuk itu berasas.

    Kalau saudari rasa memang ya Najib bersalah, dan saudari boleh kasi hujah2 dan bukti yang kukuh kenapa saudari meragui integriti Najib, that’s good. Contohnya saudari cakap, Najib tak dihadapkan e mahkamah manakala Anwar telah dihadapkan di mahkamah etc etc…

    To me, that is at least, a good point. Saya terima.

    Walaupun kerana saya tak terlibat dalam penyiasatan, saya tak tahu sebab2 orang tak dihadapkan ke mahamah…mungkin tak cukup bukti untuk didakwa etc etc. Like I said, saya tak tahu.

    Dan bila saya tak tahu, saya takkan cakap dan menuduh. Itu sahaja point post ini.

    Saya tahu ramai kat luar sana yang YAKIN orang itu atau orang ini adalah bersalah berdasaran hujah masing2….that’s good. Kerana diorang ada hujah.

    Masalahnya ialah, saya pernah jumpa orang yang main cakap, “Ala, aku taulah ramai orang duk cakap.” And that’s it! Saya memang tak boleh terima hujah mcm tu.

    Dalam post ini saya bukan membela mana2 ahli politik. Saya bercakap tentang METHOD dan SIKAP. Itu jer.

    Harap semua pembaca maklum. Saya tak pro mana2 parti.

    Like

  5. mumuh

    I agree with u when people start accusing others without preparing themselves with strong evidence. It depends to what sources of news u are reading to claim them as an evidence. None of news from local newspaper can be trusted nowadays. Morever, evidence can be deleted or formed by interested parties. I am sure u can see the patterns of news. U can read and trust them if u want but never make any final conclusion withouto reading or searching another part of the same story. My two cent about the malaysian political world.

    Like

  6. afizaazmee

    Thanks, mumuh.

    You quoted my sentiment precisely. Yes, I read the news in Utusan, and then I would read the same news in one of the ahli pembangkang’s blog or some other sources.

    And you would see that both have their own righteous arguments about the same thing…and you can never be sure which one is lying, unless you are there and being part of the whole thing! Kalau tak, kita cuma cakap melulu sahaja…

    For example, take a look at the demonstration againts ISA that happened recently…unless you are there, you could never be sure who became violent first, whether or not the peniaga2 kecil were truly affected by the demostration, whether or not there really was a traffic jam…etc etc. Because Utusan and government supporters who were there reported one thing, and then you read the other source from pembangkang, it says another.

    If you are not there yourself, you can’t make up your mind. And you can’t say with utmost sincerity, “This is truly 100% what happened base on my own observation.”

    Therefore I have long decided, I will not support any parties on what they CLAIM to have happened or what they ACCUSE to have occurred….I will just decide base on the policies/manifestos which are something that I can weigh the pros and cons base on my own values and integrity.
    And the evidence of the policy’s efficacy can actually be documented and statistically recorded.

    Like

  7. the issue is,

    anwar liwat saiful case, we can see a lot of progress n it continues…

    najib bom altantuya… 3 hari, saksi dtg pastuh tetibe senyap… sampai skang.

    psl perhimpunan tuh, the govt ‘fairly’ decided one is haram n the other one is halal. so far pretty much all demo from pembangkang (or as Hisyamuddin tun hussin called it as street riot on aljazeera) are haram n need tight security interventions, n all demo by bn ppl r halal n peaceful.

    as for being scientific, u cant just assume the outcome n plan ur intervention straightaway. for example, a pt complains abt pain on left shoulder, u cant just assume he has a heart problem n do the transplant straightaway.

    ala.. kl tgk politic sini pon same je, rudd dok hentam turnbull, turnbull dok hentam rudd, sp kene tangguh mcm2 isu lg penting.

    Like

  8. AfizaAzmee

    Memang arr anwar liwat saiful case we can see a lot of progress…..tapi belum apa2 lagi, penyokong dia semua confirm memang dia kena fitnah.

    Bagi aku, nothing is wrong with that. Semua orang innocent until proven guilty. Pasal Najib tu…something fishy does go on there…still, orang yang tuduh2 ni tahu betul2 ke? Tu jer point aku…whoever knows and can give reasons, aku terima. Aku cuma menghentam those who don’t know but they talk like annoying little parrots who don’t really understand anything of subtance.

    Pasal Perhimpunan ISA tu…well….aku rasa kalau dah kerajaan memang cakap tak nak ubah ISA, THEN barulah patut buat demonstrasi. Masalahnya skrang, kerajaan tengah review benda ni….apahal ko nak berdemonstrasi bila result pun tak keluar lagi. Tak ada faedah dan membuang masa….to quote ur own “scientific scenario’ belum dapat pathological result, dah nak buat intervention. Apahal??

    Aku rasa demonstrasi should be the last resort….bukan main buat jer tiba2. Orang Melayu saja yang suka buang masa benda2 mcm ni. Mana orang Cina dan India? Tak ramai pun. Anwar pun ada ke kat perhimpunan tu?

    Tu lah aku malas nak layan….tapi aku memang benci dan meluat dengan orang yang suka menuduh peribadi orang tanpa bukti2 yang kukuh. Itu saja point post aku ni.

    Like

  9. mumuh

    Just to add my thoughts about our political situation. I never support either BN or PR but at this moment I hate BN more that I hate Pakatan for the troubles and uncertainties they have caused. Therefore, I will give my first ever vote to PR for the next general election and hope things will get better if not worse.

    mumuh

    Like

  10. Pingback: My Personal Jihad – My Life Poetries That May Not Rhyme

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s