Nilai bahasa dan ilmu dalam novel…

Kenapa sesetengah karya diangkat sebagai sastera (literature) manakala sesetengah karya dianggap picisan/pop/trashy atau hanya sekadar fiction? What are the criterias used to categorize whether one particular work could be categorized as literary or non-literary?

Yang lebih menyedihkan, penulis2 sastera seolah2 sudah sinonim dengan fenomena ‘karyanya tidak laku’…tapi yang menulis novel2 cinta picisan/pop/trashy, karyanya laris di pasaran hingga diulang-cetak berkali2.

This tells us about our society’s taste in their reading choice. 

Ini menyebabkan penulis2 tanahair kena fikir apakah priority masing-masing? Nak duit atau nak kualiti?

Namun begitu, dilema ‘duit vs kualiti’ ini hanya dihadapi oleh penulis2 MALAYSIA. Kerana karya2 fiction barat ada kedua2nya…nilai komersial pun ada (and therefore money values) dan kualiti pun ada. Di Barat, perbezaan antara fiction/pop/trashy dengan sastere/literature hanyalah dari segi gaya bahasa semata2. Malah kalau dilihat dari nilai ilmu, adakalanya karya fiction barat jauh lebih hebat daripada karya sastera mereka. Lebih hebat lagi, adakalanya gaya bahasa genre fiction mereka pun boleh menandingi gaya bahasa genre sastera.

Jadi di Barat, telah terdapat satu fenomena ‘blur’ ….di mana dari segi kualiti, pembaca2 ‘blur’ macam mana nak membezakan samada buku yang mereka sedang pegang ini adalah sastera atau tidak. Look at novels like “The Kite Runner” or “One thousand splendid suns”….sesetengah kedai buku cakap itu fiction. If you go to another bookshop, buku2 tersebut diletak di bawah ketegori modern literature. Bukan niat nak mengagungkan karya Barat, tapi betapa hebatnya industri penulisan mereka sehinggakan pekedai buku pun tak tahu nak letak novel tu kat bahagian mana.  

Tapi kalau di Malaysia, sudah macam ada ‘stigma’ bahawa penulis2 yang menulis kisah cinta, pasti ianya picisan (and most of the time the ‘stigma’ has its basis and sometimes even true). Manakala hanya Faisal Tehrani, A.Samad Said, Adibah Amin, Shahnon Ahmad etc etc yang menulis karya2 yang bermutu yang boleh diangkat sebagai sastera. However, in my humble opinion, sebagaimana penulis2 alaf 21 dicop sebagai penulis picisan, begitu juga penulis2 sastera Melayu dicop bahawa karyanya membosankan. 

Jadi, di Malaysia, tak payahlah penulis picisan dengan penulis sastera bergaduh siapa yang lebih bagus. Sebab masing2 boleh jadi juara dalam kategori yang berbeza. When it comes to fun and popularity, penulis picisan akan menang hands down! When it comes to gaya bahasa dan nilai ilmu (yang kadang2 taklah jauh berbeza sangat dengan novel picisan), maka penulis sastera akan menang, no doubt about it! 

Gaya Bahasa

Kadang2 aku rasa frust sgt dengan gaya bahasa novelis Melayu. Sebagai pembeli buku, aku patut tahu apa yang aku akan dapat apabila aku membeli buku2 fiction. Kenapa aku patut frust? Dah tahu begitu, kenapa masih nak beli? Seorang yang sinis akan mengatakan “you should know what you are getting when you choose to buy books from that publisher.” (perkataan ‘that’ diberi penekanan bernada sinis sesuai untuk golongan yang merasakan diri mereka intelektual).

Tapi, aku rasa bahawa sebabnya ada rasa frust tu adalah sebab “I care too damn much!” Aku sentiasa mengharapkan agar apabila aku beli satu2 buku aku dapat cakap, “Wow! Hebatnya penulis MELAYU. Kalah Khaled Hosseini.” Jadi setiap kali aku pick up Malay books, di sebalik rasa sinis tu, aku sebenarnya menaruh harapan. Maybe I could be proven wrong this time,that maybe this time it would be worth the time.

Sebenarnya samada kita nak tahu bahawa kita akan enjoy satu2 novel atau tak, ada di bahagian permulaan lagi. Tengok sahaja gaya bahasa di awal paragraph bab satu. Kadang2 seseorang novelis itu ada byk sgt idea, plotnya hebat, tapi cara olahan dan gaya bahasa menjadikan segala-galanya hancur dan tak menarik minat sampaikan kadang2 aku rasa mcm, “Ko ni tak belajar buat karangan ke time sekolah menengah dulu?”

Di bawah, aku bagi contoh2 perbezaan paragraph pertama bab satu di antara fiction dan sastera:

Fiction :

Assyida leka dengan jarum dan benang kaitnya sejak lewat tengah hari tadi. Cuaca petang yang agak tenang dan kurang berbahang membuatkan dia berasa selesa duduk di tepi tingkap itu sejak tadi tanpa mempedulikan sesiapa pun.

My ulasan: Come on, man! Ni paragraph pertama bab satu! This is your chance to capture your readers, to interest them to keep on reading. You should be able to do better than talking about benang kait and the weather!! Even dalam society kita pun, kita cuma cakap pasal cuaca bila kita memang dah tak der benda sgt nak cakap. So, tolong jgn describe pasal susasana dan cuaca di awal buku…pls give ur reader the feeling that you would have something MORE to offer. Jgn biar awal2 lagi pembaca anggap ko ni tak der idea!

Sastera:

Tatkala aku masih muda dan mudah digoda, bapaku pernah memberi sepatah dua nasihat yang sejak itu sentiasa sahaja bermain-main di dalam hati sanubariku.

“Anakku” Bapaku berkata, “setiap kali kau nak mengutuk orang, ingatlah bahawa mereka tidak bergitu bernasib baik seperti kau.”

My ulasan: This is MUCH better than the previous one. Awal2 lagi penulis ni dah berjaya buat aku tertanya2, apakah kaitan antara kata2 ayah dia tu dengan keseluruhan cerita? Awal2 lagi penulis tersebut dah berjaya ‘capture my interest’. Awal2 lagi, penulis ni dah bagi satu ‘word of wisdom’ in the form of the protagonist’s father. Awal2 lagi, kita dah dapat satu nilai ilmu. Hati pembaca akan melonjak suka. Hati pembaca akan berkata ” wah, hebatnya penulis ni! Ini baru paragraph pertama, dah ada satu benda yang menarik, dah ada satu benda yang aku belajar.” Dan pembaca tu akan meneruskan pembacaan tanpa rasa terpaksa untuk mengabiskan buku tersebut hanya semata2 dia sudah pakai duit membeli buku ini.

Itulah maksud aku dengan frust! Aku rasa macam geraaammmm! Kadang2 tu, tak ada beza sangat nilai ilmu antara karya picisan dan karya sastera. Ambil saja contoh novel ‘Badai Semalam’. Aku tak rasa novel tu ‘berilmu’ sangat pun! Tapi bagaimana boleh jadi sastera? Dahlah boring, plotnya ordinary, gaya bahasa jer kot yang boleh diharap. Tu pun, taklah sehebat mana.

Haih, kalau di Barat pembaca2 blur samada satu2 buku fiction patut diangkat sebagai sastera moden. Tapi di Malaysia, pembaca blur samada satu2 karya sastera patut dilabel sebagai karya picisan sahaja.

Sedih!

Nilai Ilmu

Aku yakin ramai yang pernah mendengar tentang novel “Ayat-ayat cinta”. Aku sendiri tak pernah baca novel tu (sebab aku serik nak beli novel melayu!).

Apa yang aku nak katakan kat sini, novel2 berunsur cinta Islamik ni makin banyak di pasaran sejak wujudnya novel ‘Ayat-ayat cinta’. Hari ni dalam akhbar UTUSAN, ada satu artikel mengulas tentang fenomena ini (selepas membaca arttikel itulah maka aku terpanggil untuk menulis kat sini. Artikel tu sgt bagus dan aku sgt bersetuju dengan penulis artikel tersebut).

Pada awal2 kemunculan novel pop Islamik ini, memang novel2 tersebut boleh dikatakan berkualiti. Aku tak pernah baca sendiri, tapi aku bayangkan mestilah apabila dikatakan novel pop Islamik, maka  ada diselitkan unsur pengajaran, maybe ada disebut dalil2 sikit.

Namun makin lama, makin byk pula novel2 yang dilabel Islamik hanya kerana hero dan heroin namanya mcm arab sikit, dan heroin dia pakai tudung, dan mungkin hero dan heroin dulu bersekolah agama untuk jadi ustaz dan ustazah. And that’s it!

Kalau nak tunggu heroin pakai tudung baru nak label karya tu Islamik, dah byk sgt dah heroin2 pakai tudung sekrang ni! Apa yang nak heran sgt!

Sehinggakan dah tak ada beza pun samada novel ini dikatakan novel pop Islamik atau non-Islamic. Perbezaan hanya dari segi benda2 kecil seperti nama watak dan penampilan dan mungkin dialog2 yang lebih tersusun. Namun ‘the core’ of the novel, tak ada bezanya dengan novel2 lain. Malah, untuk membuat satu sub-kategori ‘novel pop Islamik’ macam tak payah pun tak per. Buat redundant sahaja!

Macam yang aku pernah cakap dulu. Kadang2 tu tak ada bezanya dia buat hero tu jadi lawyer ke, doctor ke, petani ke or whatever kerana tempat kerja lelaki tu hanyalah setting untuk dia berjumpa dengan heroin. Pekerjaan lelaki itu tidak memberi apa2 makna kepada perjalanan cerita. Perkerjaan lelaki itu hanya sekadar ‘nama’. Namun empty! Seperti mana karya2 pop Islamik hanya berbeza sekadar nama….

Mungkin golongan yang membaca kisah cinta Islamik ini akan rasa konon dia baiklah sikit. Sekurang2nya dia tak baca novel cinta yang lagha! yeah, rite! Hakikatnya, pembaca mcm tu hanya menipu diri sendiri.

Pada pendapat aku, daripada baca kisah cinta yang konon Islamik tu, tak ada bezanya kalau dia baca kisah cinta English fiction. 

Ini contoh permulaan bab satu kisah cinta English fiction:

There were four principles governing Gareth St. Clair’s relationship with his father that he relied upon to maintain his good humor and general sanity:
One: They did not converse unless absolutely necessary.
Two: All absolutely necessary conversations were to be kept as brief as possible.
Three: In the event that more than the salutations was to be spoken, it was always best to have a third party present.
And finally, four: For the purpose of achieving points one, two and three, Gareth was to conduct himself in a manner so as to garner as many invitations as possible to spend school holidays with friends. 
In other words, not at home.
In more precise words, away from his father. 

Bagi aku, ini antara permulaan novel cinta yang hebat. Baru paragraph pertama, aku dah wonder, apa kena dia dengan ayah dia? Apa kaitan dengan keseluruhan cerita. And if you truly read the whole paragraph, you have a sense that ‘penulis ni mesti seorang yang kelakar’. 

Apa yang aku nampak kebanyakan novelis Melayu buat adalah diorang memang ada idea. Tapi sewaktu menulis tu….diorang tak fikir ‘how I could have presented it better.’ Ayat apa yang aku patut guna untuk ganti agar kedengaran lebih sedap dan exciting.

I am not a good writer. But I am an avid reader. I am a good reader. I have read too much literary and non-literary fiction. I actually sit down and reflect ‘kenapa aku tak suka novel Melayu? Apa yang kurang?’. I have compared and read again and again. And here’s the answer…

Aku rasa kebanyakan novelis sendiri kurang membaca. And if we don’t read, we will never know how do we compare. And don’t just read novel Melayu, and don’t just read fiction. You have to read literature…and keep on improving sampai pembaca sendiri tak boleh beza adakah fiction Melayu patut dijadikan sastera. When that happens, I will salute the Malay novelists and would fill up all my bookshleves with Malay novels.

Until that happens, I am not wasting my money.     

4 thoughts on “Nilai bahasa dan ilmu dalam novel…

  1. niaazalea

    pjg lebarnyaaaaaa ceramah perdana pada hari ini. tapi kan aku ada mende nak komen, nak tambah sket jugaklah. sesetengah penulis ada identiti sendiri.

    identiti ni maksud aku macam ni. ada yang nak jadi penulis yang serius, penulis airmata, atau penulis gila-gila. cerita yang gila-gila ni contohnya cerita korea…..it is crazy and not believable at all…tapi kita suka citer tu. i mean..it is a feel good story. jadi sesetengah penulis dia akan adopt gaya yg macam tu… citer airmata ni…citer macam hindustan macam tu la..some writers are really good at it.

    aku sbrnya tak tau gak stail aku berkarya ni. at times i wish to be gila-gila, but you have to be serious gak…takkan lah semua perkara bleh dibuat lawak.

    khaled hosseini plak bila aku baca, dia tak gila-gila….dia takdak humour tapi tulisannya menyebabkan kita tersentuh.

    kadang-kadang untuk memuaskan semua pembaca susah. ada pembaca yg suka citer gila-gila, tak nak sedih-sedih…tak nak serius, tak nak sejarah…nak kisah cinta hero dan heroin saja. ada pembaca yg appreciate nilai ilmu dan akan kondem kalau novel tu sekadar memaparkan kisah cinta semata-mata. tapi aku percaya yang ramai penulis melayu sebenarnya bila depa berkarya….depa akan cuba buat yg terbaik daripada yang sebelumnya.

    aku juga kalau bleh nak karya kita berilmu. like u said, i totally agree bila hang kata, doesnt matter dia tu lawyer, majistret or pemain muzik…it hanyalah setting pekerjaan. aku rasa untuk menjadi penulis yang bleh tulis pasal lawyer or doctor, mmg kena buat research yg betui. it is not easy to get the idea just by browsing the internet. bila kita alami sendiri sesuatu perkara, tulisan kita lebih convincing.

    one easy solution to this problem: write the things that you know.

    Like

  2. afizaazmee

    It’s the effort that counts, I guess. I mean, kalau aku nampak yang penulis tu at least ada juga buat research sikit2 (you, nurhayati berahim and several more) then I will be happy.

    Tapi kadang2 penulis tu hanya menulis cerita cinta yang sesiapa sahaja boleh reka. Like I said, itu tak salah. Tapi sekurang2 nya dia patut ada keistimewaan yang lain to make up for the lack of bombastic plot. Contohnya, gaya bahasa yang mantap atau olahan yang baik.

    Like we’ve discussed b4, plot Khaled Hosseini pun ordinary ja, sesiapa pun boleh reka. Tapi bahasa dan olahan dia best!

    Have you seen the movie ‘Children of Heaven’. Tu pun plot filem yang biasa sahaja. Pasal kasut jer! Tapi dier ada moment of humour, moment of pain and moment of struggle…

    I totally agree with you about identiti penulis. Tapi kadang2 tu identiti diorang tak terserlah beyond ‘the identiti of a romance writer.’

    Tu pasal aku menyeru semua org untuk membca literature….sebab once kita dah experience buku yang ‘plotnya biasa tapi olahan dia mantap’ maka kita boleh beza what makes someone a good writer. It’s a simple matter of elaboration and good command of language.

    But I know you’d know that. I always enjoy your books anyway. I could be bias, though. hihihi.

    Like

    1. assalammualaikum
      i like apa yang u isi entry ini. walaupun i baru baca hari ini tetapi i tertarik. harap u tertarik juga dengan isi novel i. boleh u beri komen pada i di inbox fb i. i nak sangat pendapat u tentang perbezaan novel cinta akan indah dengan novel2 pop lain di Malaysia. i minat baca blog u ni, sebab i sedang nak cari maklumat tentang doktor, but the story dah start belum finish je lagi.
      hope to hear from u soon.
      salam kenal, dan salam ukhwah.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s